VISA to UK – Day 1

Hari pertama saya membuat VISA untuk ke UK adalah pada 1 Februari 2012 (Rabu). Berbekalkan fail serta dokumen saya, isteri dan Umair pergi ke VFS di Wisma MCA tingkat 19 di Jalan Ampang, setelah membuat appointment.

Walaupun pada tarikh ini ialah cuti Hari Wilayah bagi seluruh Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, namun VFS tidak cuti dan mereka bekerja seperti biasa. Mungkin mereka ikut waktu kerja UK agaknya.

Kami pergi ke sana mengikut waktu appointment, sebelum masuk lagi ada 3 orang pengawal yang berkawal di luar. Handset perlu di OFF kan dan satu badan perlu di scan dengan alat pengesan bertujuan untuk keselamatan.

Apa yang boleh dibawa masuk hanyalah dokumen yang perlu sahaja. Beg galas, beg tangan atau apa sahaja yang tidak berkaitan dengan dokumen untuk VISA perlu diletakkan di ruang penyimpanan di luar.

Tiada orang lain pada ketika itu, mungkin kerana Cuti Hari Wilayah. Hanya kami anak-beranak sahaja yang ada di VFS pada ketika itu. Sejurus sahaja masuk, no giliran kami terus dipanggil untuk ke kaunter.

Pada waktu itu semua dokumen yang ada diperiksa oleh pegawai VFS supaya semuanya berjalan lancar. Saya mengharapkan tiada masalah, rupanya ada juga. Dimana birth certificate anak kami tidak di terjemah lagi.

Kalau ikutkan memang semua attribute mempunyai translation english, tetapi tidak pada content atau maklumat tersebut. Kami memang terlepas pandang untuk perkara itu, maka terpaksalah kami menunda ke hari esok untuk menyiapkan dokumen yang tidak lengkap.

Petang itu juga saya pergi mencari certified translator untuk birth certificate anak saya. Oleh kerana Kuala Lumpur cuti pada hari itu, saya terpaksa pergi mencari kawasan Selangor iaitu Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Nak tunggu translator yang ada kes di mahkamah memang menguji kesabaran. Dah la kelam-kabut pergi ke mahkamah, bila dicari semua translator tidak mengangkat telefon kerana ada kes. So, terpaksa la saya tunggu sampai kes mahkamah tersebut selesai.

Apabila kes selesai barulah saya dapat berjumpa dengan translator untuk tujuan translate. Selesai sahaja translate bayaran RM50 dikenakan untuk 2 salinan original yang telah diterjemah dengan ada cop rasmi translator. Cop tu yang mahal sebenarnya.

So, barulah lega sedikit kerana satu masalah dah selesai.. rupanya tidak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: