Tragedi Di Bulatan PPUKM

Setelah penat bekerja sehari suntuk di pejabat, maka sudah tiba masa untuk balik ke rumah dan beristirehat. Ada yang masih menyambung kerja dan ada yang bergegas terus pulang setelah tiba waktunya.

Di suatu petang yang hening, kami dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang rakan sepejabat kami iaitu saudara Syed Mohamad Yazeed. Beliau dilanggar oleh sebuah kereta di kawasan bulatan PPUKM. Pemandu yang melanggar juga ada seorang kakitangan PPUKM iaitu Pensyarah Psikiatrik.

Menurut saksi kejadian, kereta yang dipandu oleh pensyarah berkenaan memang laju ketika memasuki simpang di bulatan tersebut. Ambulan datang membantu membawa mangsa yang tercedera (Yazeed) ke A&E untuk diberi rawatan selanjutnya.

Kami sebagai rakan sepejabat yang masih berada di pejabat, memberi sokongan moral dan menziarah ketika beliau diberi rawatan. Motorsikal yang dipandu beliau agak teruk, namun pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian berlaku hujan masih belum turun, hujan mulai turun apabila saudara Yazeed sempat dikejarkan ke A&E. Kalau tidak memang basah kuyup la. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan. Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: