Misi Memburu Periuk Nasi

Banyak tul pilihan dan rambang mata, siap check dalam website untuk brand periuk nasi. Walhal nak masak nasi jer. Kami mula survey dari Jaya Jusco Equine kemudian ke Giant dan last sekali The Mines.

Di Jaya Jusco, memang banyak pilihan tapi kebanyakkan adalah periuk nasi yang berkapasiti 1.8 Liter. Kami hanya memerlukan periuk nasik 1 Liter sahaja. Memang ada yang 1 Liter tapi biarlah ianya pelbagai guna, dengan erti kata lain Periuk Nasi Elektronik.

Periuk nasi elektronik yang berkenan di hati mahal pula harganya, tapi kami buat pejam mata saja tapi malangnya ianya out-of-stock. So terpaksa la kami mencari di tempat lain. Maka kami meneruskan perjalanan ke Giant.

Di Giant adalah paling teruk, kerana paling tidak banyak pilihan. Sekali imbas lalu sahaja dan kami berlalu pergi. Kami shopping ler apa yang patut dahulu sebelum ke The Mines.

The Mines kedai yang kami tuju ialah Sen Heng, banyak pilihan dan brand yang ada. Wife saya mula pusing mencari periuk nasi yang berkenan sambil berlari-lari hendak menunjukkan periuk nasik yang dipilihnya.

Sekali pandang memang menarik dan mempunyai pelbagai fungsi, siap boleh buat kek lagi dengan periuk nasi tu. Warnanya yang hitam menjadi pilihan, kalau ikutkan hendak pilih warna merah hati, tapi seperti biasa out-of-stock.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: