Majlis Perpisahan Mantan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, PPUKM

Majlis yang dibuat khas buat mantan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Perubatan UKM dibuat di Sukmaria, PPUKM. Betapa sayangnya staff JTM kepada Prof Madya Dr. Ahmad Taufik Jamil (title sudah update) sehingga kami kumpul wang untuk menjayakan majlis ini dengan begitu meriah.

Sesampai sahaja Prof Madya Dr. Ahmad Taufik kami mula bergambar sebagai kenangan. Bermacam-macam posisi formal dan free style. Nasib baiklah kamera saya wide angle lens, boleh ler ambik gambar semua orang. Kalau pakai portrait 50mm alamatnya memang simpan saja la kamera tu.

Ucapan alu-aluan oleh Ketua Jabatan, JTM buat Mantan Ketua Jabatan, JTM. Serta diselangi video mengenai Prof Madya Dr. Ahmad Taufik. Pelbagai hadiah diberikan sebesar-besar hadiah seperti TV LCD sehinggalah sekecil-kecil hadiah seperti model basikal tua “Raleigh”.

Kemudian kami dihiburkan dengan lagu yang dimainkan oleh saudara Rashidee dengan gitar kapoknya. Bukan hiburan yang didendangkan tetapi lebih kepada kesedihan. Mungkin kerana lagu tersebut memberi makna yang cukup mendalam kepada pendengarnya.

Semua orang yang mendengar guitarist Cd dengan penuh kusyuk. Apa yang menarik beliau melakukan secara solo live dan bukan miming. Ini juga adalah persembahan beliau yang pertama bermain gitar. Syabas diucapkan kerana beliau berjaya buat persembahan sulungnya.

Makanan catering yang tersedia tidak kurang juga sedapnya. Semuanya sedap-sedap belaka, baik dari nasi, lauk-pauk, pemanis mulut. Last sekali ialah air yang paling sedap iaitu Air Kosong. Oleh kerana semua makanan boleh dikatakan manis-manis belaka, maka air kosong adalah pilihan yang wajar. Pandai juga caterer ni buat air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: