Azam 2012

Straight to the point, azam ku buat tahun 2012 ialah memperbaiki dan meningkatkan kualiti azam tahun 2011. Pelik bunyinya, seperti azam tahun lepas (2011) tidak pernah tercapai.

PERTAMA

Azam 2011 : Datang kerja awal, ini kerana saya sering lewat ke pejabat pada tahun lepas. Alasan standard rumah jauh.

Azam 2012 : Kalau tahun 2011 saya memilih waktu kerja WP3, tetapi pada tahun 2012 saya memilih WP2 sepanjang tahun

 

KEDUA

Azam 2011 : Menjaga solat 5 waktu sehari semalam, ini kerana saya selalu miss solat selama ini. Sebagai umat Islam saya tidak sepatutnya lalai.

Azam 2012 : Nampaknya belum sempurna lagi solat 5 waktu yang sepatutnya dikerjakan. Ada saja yang miss, selalu berlaku pada waktu solat Subuh. Perlu dipertingkatkan lagi.

 

KETIGA

Azam 2011 : Artikel blog 3 kali seminggu, ini kerana blog saya dah genap 2 tahun dan masuk tahun ke-3. So, tahun ketiga kenalah ada artikel 3x seminggu. Barulah blog saya nampak menarik.

Azam 2012 : Oleh kerana dah masuk tahun ke-4. Saya pun up kan kepada 4x seminggu.

 

KEEMPAT

Azam 2011 : Belajar dengan bersungguh-sungguh, ini kerana pengajian saya di OUM semakin lama semakin mencabar. Walaupun nampak mudah, tetapi tidak boleh dipandang ringan.

Azam 2012 : Terpaksa belajar lebih keras dari biasa, kerana silibus semakin lama semakin susah.

 

KELIMA

Azam 2011 : Membimbing keluarga dengan ajaran Islam. Macam mana nak bimbing keluarga kalau solat 5 waktu masih belum lengkap. So kenalah berusaha cukupkan solat 5 waktu terlebih dahulu.

Azam 2012 : Macam biasa seperti azam 2011 yang belum tercapai, terpaksa la perbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Namun itu bukanlah alasan untuk tidak melakukan amalan kebajikan langsung.

 

1 Comment (+add yours?)

  1. Uncle BB
    Jan 03, 2012 @ 00:05:43

    Sila lawat blog terbaru

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: