Lenovo, Intel And Westin

Entah berapa lama dah aku tak pergi mengikuti perkembangan teknologi terkini yang dianjurkan oleh pihak vendor. Baru hari ini saya berpeluang untuk up to date dengan produk Lenovo dan Intel.

Nama diberi, nama di e-mel, nama disahkan dan Walaa!!!~… saya, cd, muiz dan zaki pergi ke Westin Hotel untuk mendengar sesi produk terbaru yang diperkenalkan oleh Lenovo dan Intel.

Kami sepatutnya berada di sana pada jam 10am, tetapi oleh kerana kesesakan lalu lintas di Kedutaan Indonesia, seluruh Jalan Tun Razak menjadi sangat perlahan kerana aktiviti teksi yang menurunkan penumpang dan menunggu penumpang.

Nasib baik selepas melalui Kedutaan Indonesia, jalan lancar sehingga ke Westin Hotel. Sampai di sana kami terus masuk dan penceramah pun memulakan majlis kerana mereka sedang menunggu kedatangan kami rupanya.

Briefing mengenai Lenovo agak sedikit bosan kerana lebih banyak baca slide dari menerangkan Pro n Con produk yang diperkenalkan oleh mereka. Cuma bila masuk bab Intel agak menarik kerana ada perkara baru yang dah lama aku tinggalkan.

Selesai sahaja ceramah, kami melihat sendiri produk dengan lebih dekat. Workstation yang canggih manggih dan power mower nih. Senyap lebih kurang 24db, memang sesuai dengan environment kerja yang memerlukan tumpuan tinggi.

Bila masuk bab lunch memang seronok la, sebab makan buffet. Entah berapa jenis makanan yang aku makan, rasanya dah masuk 5 round dari makanan berat sampai ler ke dessert. Habis makan kami pun balik walaupun masih ada sedikit taklimat mengenai produk Lenovo ini kerana ada kerja lain yang perlu dilakukan di pejabat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: