Majlis 7 in 1

Banyak betul majlis yang dibuat pada hari ini, semua dihimpun menjadi satu. Sebab tu majlis ni diberi nama “Majlis 7 in 1”. Walhal majlis ni adalah untuk meraikan 7 perkara yang dibuat sekaligus.

Ianya adalah..

  1. Sambutan Hari Lahir Staff/ahli KSK bagi bulan Julai hingga Disember 2011.
  2. Perpisahan Pn. Ardiana Suriati yang akan bersara pilihan.
  3. Pemergian En. Mohd. Sufri (bercuti selama 3 tahun).
  4. Penamatan latihan industri pelajar praktikal E. Mohd. Hapis Md. Nasir (13 Julai – 9 Disember 2011).
  5. Meraikan staff/ahli KSK, JTM yang baru.
  6. Sumbangan kebajikan kepada staff JTM.
  7. Penyerahan hadiah Kejohanan Ping Pong antara Jabatan, PPUKM 2011.

Semua dibuat dalam satu majlis yang sama. Jimat kos dan jimat belanja, nasi lemak pun siap bungkus punya. Tapi itu bukan masalah kerana banyak lagi makanan lain yang menjadi juadah breakfast pagi ini.

Ketika sampai masuk bab “Pemergian Aku Selama 3 tahun”, aku disuruh memberi ucapan. Dah la aku tak prepare apa-apa speech untuk pagi ni, maka apa yang terlintas pun aku ucap sambil berseloroh.

First thing first aku ucapkan ucapan maaf kepada semua staff yang mana secara langsung atau tidak langsung tersinggung atau sakit hati. Aku tujukan khas buat Puan Siti Hajar kerana aku tahu beliau banyak bersabar dengan karenah aku selama ni. (Tiba-tiba Kak Hajar terperanjat bila namanya aku sebut).

Ada lagi beberapa ucapan aku yang lain dah tak ingat apa dia, tapi last sekali aku kata “Farewell Party dah buat, tiba-tiba saya tak jadi pergi. Macam mana?” (Serentak itu semua orang gelak dengan joke yang aku buat secara spontan).

Selepas itu masuklah bab menyampaikan hadiah dan bergambar, barulah sesi breakfast pagi bermula. Agak simple, namun sungguh bermakna. Dengan bajet yang cukup terhad pihak KSK berjaya membuat majlis sebaik mungkin di bawah presiden baru En. Saidi dan ahli jawantankuasa yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: