Universal Studios, Singapore

Sebuah pusat hiburan keluarga juga sebuah casino yang baru yang terletak di Sentosa, Singapura. Kalau nak dibandingkan dengan Genting Highland, memang jauh sungguh bezanya. Baik dari segi permainan yang ada mahupun servis yang diberikan.

Universal Studios yang mempunyai ciri-ciri sebuah studio penggambaran yang mana ianya meniru sebahagian besar apa yang ada di Hollywood. Bezanya ianya lebih kepada taman tema untuk hiburan keluarga. Itu cumalah pandang peribadi saya sahaja.

Pada sabtu yang lepas, kami sekeluarga bertolak dari JB pada jam 7am dan sampai di Universal Studios kira-kira jam 8am. Sepanjang perjalanan begitu lengang, tidak sesak mungkin kerana kami menggunakan 2nd link.

Oleh kerana kami sampai begitu awal, kami terpaksa menunggu di luar sampai dibuka pada jam 10am. Hanya beberapa buah kedai sahaja yang beroperasi awal, selebihnya dibuka pada jam 10am. Cukup menyeksakan, dah la kami semua belum breakfast, pusat pertukaran wang asing juga dibuka pada jam 10am.

Selepas wang telah ditukarkan, barulah kami pergi mencari makanan untuk mengalas perut. Nasib baik birasku bertanya kedai makanan berkenaan kehalalan hidangan yang disaji, rupa-rupanya ianya tidak halal. Terus kami ke 7-eleven dan membeli roti dan minuman tin sahaja.

Masuk sahaja ke Universal Studios, kami masuk ke sebuah studio replika seperti yang digunakan oleh Steven Spielberg dalam teknik kesan khas. Kami dapat alami semua jenis kesan khas di dalam studio seperti keadaan sebenar. Ribut, angin kencang, laut bergelora, kehangatan api, petir dan last sekali kapal merempuh dek. Memang pengalaman yang baru dan cukup seronok untuk dialami.

Kemudian kami melihat pertunjukkan brake dance oleh kumpulan T-Boys (kalau tak silap la). Pergerakan badan yang cukup lembut dengan gaya yang tersendiri. Semua dibuat secara live di depan penonton.

Tamat pertunjukkan brake dance, kami menaiki permainan Roller Coaster yang diberi nama Cyclon. Memang menakutkan, cukup laju, seram sejuk, suara jeritan tak perlu ceritalah. Confirm menjerit-jerit ketakutan, saya sendiri yang konon hendak berlagak cool seperti dalam cerita Mr Bean, tidak boleh menahan rasa takut.

Turun sahaja dari Cyclon, kepala aku dah mula pening macam orang dapat migrain. Sakit berdenyut-denyut pada kepala sebelah kanan, rasanya darah berkumpul kat kawasan situ jer kot. Baru sahaja rehat sebentar, kami naik lagi Roller Coaster yang berwarna merah pula. Sama juga rasa takutnya, cuma kurang sedikit berbanding Cyclon.

Turun sahaja dari pening kepala datang sekali lagi. Memang benar-benar buat darah berjalan ke seluruh kepala. Selepas itu kami makan sebentar di Restoran Egypt yang memberi masakan ala-ala mesir. Satu set hidangan makanan yang adalah $14.80, air pula $4.00 dan juga termasuk 7% GST. Grand Total $18.80 sahaja.

Memang mahal jika kita convert kepada RM iaitu $18.80 x 2.5 = RM47. Tapi lets compare apple to apple, jangan compare apple with orange. Murah untuk matawang Sing Dollar, tetapi mahal untuk Ringgit Malaysia. So, jangan hairan kenapa rakyat Singapura suka shopping di Johor Bahru.

Kami masuk ke Castle Far Far Away seperti di dalam cerita animasi Shrek. Ianya adalah dalam bentuk animasi 4D. Apa beza 3D dan 4D? Bezanya ialah 3D hanya pada grafik manakala 4D adalah dengan kesan yang dialami oleh penonton seperti semburan air apabila donkey tu bersin dan kerusi melompat ke kiri ke kanan apabila kereta kuda dalam cerita melanggar batu atau terlanggar pokok.

Donkey buat show pun ada dalam bentuk 3D. Ianya seperti interaktif seolah-olah donkey tu boleh berbual-bual dengan penonton dan hos yang menghiburkan penonton bernama Raul.

Oleh kerana cuaca hujan, Water World tidak dapat dikunjungi atas faktor-faktor keselamatan. Kemudian saya pun pergi ke bahagian Madagascar memasuki terowong dan sungai menggunakan perahu buatan.

Apabila cuaca agak baik saya ke bahagian studios mengambil peluang bergambar bersama Marilyn Monroe. Bila lagi nak rasa peluang kalau bukan sekarang. Pengalaman berada di Universal Studios memang menyeronokkan walaupun penat.

Stamina dan emosi perlu dikawal, kerana cuaca yang panas dan perjalanan yang memenatkan. So, kepada yang berminat hendak ke Universal Studios perlulah bersedia dari segi mental, fizikal dan wang dollar (bukan wang ringgit).

Nak cerita banyak-banyak pun tak larat. Pendek kata, ianya suatu pengalaman yang cukup seronok untuk dialami. Kena datang dan alaminya sendiri. Dan kalau ada orang nak bandingkan Universal Studios dengan Genting Highland, saya katakan “Bagai Langit Dengan Bumi”. Kalau di Genting Highland setiap permainan ada harga dan tiket yang perlu dibayar, tetapi di Universal Studios dengan hanya 1 tiket masuk anda boleh bermain kesemua permainan yang ada. Makan kena bayar la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: