Sembelih Ayam dan Itik

Beberapa hari yang lalu, kecoh sekejap ayam peliharaan bapa mertuaku hilang dan mati. Puncanya tidak pula dapat dikenalpasti hanya nampak bangkai ayam sahaja. Mungkin angkara anjing liar yang selalu berkeliaran di waktu malam.

Fikir punya fikir maka keputusan pun dibuat, bapa mertuaku sembelih seekor ayam yang cukup gebu dan 2 ekor itik yang sudah begitu besar kerana risau menjadi mangsa anjing liar. Maka aku sebagai menantu membantunya menyembelih ayam dan itik tadi.

Tugasku hanya memegang ayam dan itik, bapa mertuakulah yang sembelih ayam dan itik tadi. Ayam yang disembelih cepat mati berbanding itik yang masih boleh berjalan-jalan sekeliling rumah. Liat sungguh itik ni nak kojol, panjang betul nyawanya.

Kalau ikutkan inilah kali kedua aku membantu menyembelih, yang pertama masa kat kampung di Parit Pelampong membantu bapaku menyembelih ayam kampung. Kena gigit nyamuk adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: