Hijrah

Apa yang kita tahu pasal hijrah ialah perpindahan.  Dari istilah bahasa ialah perpindahan dari suatu tempat ke satu tempat. Dari segi istilah pula hijrah bermaksud perpindahan Rasullullah S.A.W dan orang-orang Islam dari Mekah ke Madinah.

Hijrah juga bermaksud perubahan diri daripada keadaan yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Di mana kita merubah diri kita dari negatif kepada positif yang mana melibatkan perkara yang baik sahaja.

Banyak juga perkara berlaku yang melibatkan hijrah ni. Di mana salah seorang rakanku Aizi berhijrah ke rumah barunya. Alhamdulillah, beliau dapat juga memiliki rumah sendiri yang diimpikannya.

My Boss Sharulhizad juga hendak berhijrah tempat kerja dari Cheras ke Bangi kerana lebih dekat dengan rumahnya. Walaupun belum ada rezeki lagi untuk beliau berhijrah, namun beliau berazam untuk berubah kepada yang lebih baik dari sebelumnya.

Rakanku Azre pula berhijrah dari Proton kepada Toyota, dimana beliau menjual kereta Proton Wiranya dan bertukar kepada Toyota Vios (G Limited). Maka save la duit petrolnya untuk hari-hari berikutnya.

Bapa mertuaku pula berhijrah tempat kerja dari Johor Bahru ke Melaka. Maka tidak perlulah beliau berulang-alik JB-KL setiap minggu tetapi beliau berulang-alik Melaka-KL setiap hari. Lebih jauh ulang-alik jika dibandingkan dari Bagan Lalang-Cheras. Huhu..

Kereta isteriku juga telah berhijrah dari Proton kepada Honda. Di mana Proton Satria telah pun dijual dan bertukar kepada Honda Accord. Ternyata penghijrahan ini ke arah kebaikan kerana petrol lebih jimat jika dibandingkan dengan Proton.

Ada juga penghijrahan sokongan dalam arena bola sepak. Di mana sokongan kepada Chelsea telah bertukar kepada Manchester. Daripada tak tengok bola dan mula tengok bola. Kalau dulu tak sokong pasukan Malaysia kini inilah pasukan yang dibanggakan.

Insya-allah jika tiada aral melintang, maka akan ada penghijrahan dari Malaysia ke United Kingdom.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: