Pasukan Harimau Muda Menang

Sukan SEA yang berlangsung di Indonesia, kurang mendapat perhatianku. Mungkin kerana sukan yang dipertandingkan selalunya, Malaysia sering kalah dan mendapat tempat tercorot.

Akan tetapi apabila Pasukan Harimau Muda setapak demi setapak berjaya melangkah ke pertandingan akhir, aku mula memberi perhatian dan sokongan walaupun hanya menonton di depan televisyen.

Aku serta semua family mertuaku menonton dengan penuh debaran. Tatkala Indonesia menjaringkan gol sulong pada minit ke-5, macam tidak percaya sahaja. Namun ianya masih terlalu awal, kerana masa masih panjang.

Tak lama kemudian pada minit ke-17, pemain Malaysia menjaringkan gol dengan tandukan yang agak lucu bak kata pengulas bola sepak. Sekaligus menutup mulut sorakan penyokong Indonesia di Stadium Bung Karno.

Separuh masa kedua berbagai kontroversi yang berlaku, lakonan, serangan kotor serta kad kuning dilayangkan. Namun tidak ada jaringan yang berjaya masuk walaupun berbagai-bagai percubaan jaringan dilakukan.

15 minit tambahan pertama diberikan juga memberikan impak yang cukup buat penonton di rumah. Kami sekeluarga memarahi Fakri yang memaki jersi Nombor 13 kerana tidak berjaya menjaringkan gol. Peluang seperti itu terlepas begitu sahaja.

15 minit tambahan kedua juga diberikan setelah tiada jaringan dibuat pada tambahan pertama. Kami sekeluarga menanti jaringan gol dari pihak Malaysia. Sorakan kami hanya bergema di ruang tamu sahaja. Heheh..

Tatkala masa untuk penalti, kami menonton dengan penuh sabar. Apabila jaringan gol dibuat oleh kedua-dua pihak lawan. Sekali lagi kami cukup marah dengan Fakri (No. 13) kerana tidak berjaya menjaringkan gol. Kami sebagai penonton di rumah begitu marah dengan kesilapan, entah untuk keberapa kali.

Nasib baik, jaringan penalti Indonesia tidak masuk dan itu cukup melegakan. Namun jaringan akhir Baddrol (Ketua Pasukan) menjadi penentu kemenangan atau kekalahan buat Malaysia. Kami menonton dengan penuh sabar dan berdebar-debar apabila melihat jaringan penentu ini.

Tendangan penalti Baddrol yang berjaya ditepis dengan kaki oleh penjaga gol Indonesia tiba-tiba melantun dan masuk ke dalam gawang perlahan-lahan, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai Juara Bola Sepak bagi Sukan SEA 2011.

Kami sekeluarga bersorak kegembiraan apabila melihat pasukan Harimau Muda menang. Selepas itu kami semua pun masuk tidur. Aku pula tak dapat tidur kerana gembira punya pasal. Lebih kurang jam 4am baru ler dapat lelap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: