20.11.2011

20.11.2011 adalah antara tarikh yang cantik pada bulan ini selain 11.11.11. Namun kurang orang mengingatinya atau perasan kehadiran nombor cantik ini kerana lebih tertumpu pada 11.11.11.

Itu sebagai mukadimah bagi blog pada hari ini, pada hari ini tiada apa yang menarik kerana penat, letih dan sakit-sakit seluruh badan mengganggu prestasi dan pergerakan harian. Namun pada petangnya saya bawa juga family untuk menonton wayang.

Sekali sekala kerana agak lama juga tak menonton wayang. Pada mulanya kami hendak menonton wayang “The Adventure of Tin Tin”, tapi apabila saya lihat ada cerita “Puss in Boots” sudah keluar, maka saya pun beli 2 tiket wayang secara online (Budak 3 tahun ke bawah tidak memerlukan tiket).

Pada jam 4.30pm kami pun pergi ke Alamanda untuk menonton wayang. Umair mesti suka tengok kartun kucing Puss tuh. Apabila cerita dimulakan, Umair rupanya hanya suka bab scene cerita tertentu sahaja. Lain-lain lebih banyak mengacau mama dan papa sahaja.

Jalan cerita, boleh la tahan walaupun ceritanya tidak sama seperti di dalam “Story Book” macam kecil-kecil dahulu. Boleh la saya bagi 3 out of 5 untuk cerita “Puss in Boots”.

Habis menonton wayang kami pun dinner di Food Court dan balik selepas makan. Selalu makanan yang saya order mesti sedap, entah kenapa hari ni lain macam sahaja. End of the story, makan jer la janji tak lapar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: