Last Day at Janda Baik

Semalam tidur lewat jam 2.30am kerana ada aktiviti makan kacang dan main poker. Nak kata ngantuk tak jugak sebab dah pekena kopi panas 2 cawan. So, nak taknak kena la tidur jugak sebab ada aktiviti esok harinya.

Bangun pagi jer dah jam 7am, terus bangun tanpa sempat gosok gigi dan mandi aku terus tukar baju jogging dan pakai kasut untuk kejar geng yang jogging pagi ni.

Jauh juga ketinggalan, penat juga nak mengejar last sekali dapat juga kejar itupun bila nak dekat Sungai Beguh. Lutut dah start meragam pulak. Nak buat macam mana, inilah akibat tak buat streching sebelum bersukan.

Selepas rehat lebih kurang, kami pun jogging patah balik ke Resort tempat kami menginap kerana ada aktiviti yang akan dijalankan pada jam 9am nanti. Baru 5 minit jogging, lutut dah buat hal semula. Terpaksa la jogging ala-ala lari setempat gitu.

Sampai di resort, breakfast telah lama disediakan. Dengan penuh rasa kepenatan, aku makan ala kadar sekadar mengisi perut sahaja. Nak makan kenyang-kenyang rasa tak lalu pula. Mungkin sebab letih sangat selepas balik dari jogging.

Rasanya baru rehat sekejap, tetiba urusetia aktiviti dah sampai untuk mulakan aktiviti yang telah dirancang. Aiseh, aku belum habis penat lagi aktiviti dah nak mula. Memang gila punya kerja ni, tapi layan jer la sebab aktiviti pertama ialah Jungle Tracking. Jalan kaki jer tak perlu lari-lari.

Sampai di kawasan yang disebutkan, rupanya memang masuk Jungle la, langsung takder track khas. Apa yang ada ialah kesan track yang orang dah berapa kali lalu. Dengan keadaan tanah dan laluan yang licin selepas hujan, menyukarkan lagi perjalanan kami.

Entah berapa lama masuk ke dalam hutan, ada la dalam 30 minit setelah naik turun bukit, melalui kawasan yang sedikit gaung barulah kami sampai di kawasan Air Terjun Tingkat 5. Memang mempesonakan, cukup cantik untuk di kawasan tersebut. Sempat juga saya check-in Facebook di kawasan itu. Rupanya saya orang pertama check-in. Hahaha…

Masa 15 minit yang diperuntukkan untuk mandi, kami extend sendiri lebih dari 1/2 jam. Seronok punya pasal, kami mandi tanpa ada rasa nak balik. Pacat yang ada di sekeliling bukan menjadi penghalang untuk kami bermandi-manda.

Setelah agak lama kami mandi berendam semua, barulah kami mula beransur untuk balik kerana ada aktiviti kedua iaitu Water Rafting sedang menanti. Seorang demi seorang diperiksa agar tiada sesiapa yang tercicir atau tertinggal barulah semua orang bergerak balik.

Baru suku perjalanan, lutut aku mula buat semula tetapi kali ini kedua-dua belah iaitu kiri dan kanan. Cukup menyeksakan, sepanjang perjalanan balik aku jalan macam robot pula rasanya. Tapi biarlah perlahan janji selamat sampai dan tak tergelinciri jatuh.

Seorang rakanku Khairill entah berapa kali jatuh tersungkur kerana kasutnya yang licin. Ada la dalam 4x rasanya, kali yang keempat barulah tangannya terluka. Kasihan pula rasanya, Sulian pula dah risau semacam bila tengok darah asyik keluar mengalir dari tangan lakinya.

Walau bagai manapun perjalanan perlu diteruskan. Setelah penat berjalanan dalam keadaan kesakitan kami akhirnya sampai ke tempat mula-mula membuat aktiviti. Makanan dan minuman telah tersedia bagi melepaskan dahaga dan lapar.

Setelah berehat lebih kurang, kami ada aktiviti Water Rafting. Dimana setiap kumpulan yang terdiri dari 9 orang peserta perlu membuat rakit dari 14 batang buluh dan meredah kolam yang telah tersedia setelah rakit siap dibina.

Aku yang pada mulanya enggan mengikuti aktiviti ini kerana sakit lutut dan kaki terpaksa juga menyertai kerana kekurangan peserta. Lagipun cuma bermain atas air sahaja. Tapi sangkaanku meleset kerana ia tidak seperti diharapkan.

Apabila kumpulan telah dibahagikan, semua peserta bertungkus-lumus menyiapkan rakit masing-masing dengan bermacam-macam rupa dan gaya. Apa yang penting ialah rakit yang dibina kukuh dan tidak pecah semasa berakit nanti.

Kumpulan aku adalah yang kedua menyiapkan rakit dengan segera kami terus turun ke kolam untuk mengejar kumpulan pertama yang telah belayar lebih awal. Kami cukup bernasib baik kerana memiliki peserta yang pandai berenang seperti Aie dan tanker besar Shark.

Walaupun kumpulan pertama telah lama memulakan perjalanan, kami dapat mengejar mereka sehingga hampir ke tebing akhir. Setelah sampai kami memikul rakit tadi dan bawa semula ke titik mula dimana kami mula menyiapkan rakit.

Keseluruhannya, tiada siapa dikira menang atau kalah dalam pertandingan ini. Apa yang dititik beratkan oleh penganjur ialah kerjasama setiap pasukan. Kesudahannya, semua orang berjalan kaki balik ke resort yang rasanya lebih kurang 9km or 10km jauhnya.

Kami membersihkan badan di kolah yang berhampiran selepas badan terkena selut dan lumpur. Di sinilah juga aku digigit pacat, betul-betul dekat leher pulak tu. Tapi rasanya aku kena gigit masa nak mula naik ke dari tebing. Sulian orang yang pertama menjerit apabila nampak pacat pada leher aku.

Aku buat tak tau sambil blur melihat Sulian terjerit-jerit, Cd pula dengan pantas cabut pacat dari leher aku dan buang jauh-jauh. Darah mengalir laju jer tempat pacat tu gigit. Nasib baiklah aku takder kencing manis, kalau tidak habis aku.

Kumpulan kami mulakan perjalanan balik ke resort sambil makan ais krim, thanx to Man Kidall sebab belanjan kitorang. Kuingatkan dekat rupanya jauh betul, aku pula dalam keadaan injured. Rasa menyesal pula tak volunteer naik van bagi peserta yang benar-benar sakit.

Jalan punya jalan, aku pun sampai ke tempat kumpulan lain berkumpul. Baru sahaja aku nak duduk berehat, rupanya mereka dah start jalan semula. Cis!!! penat aku tak habis lagi dah kena jalan semula, nak taknak kena la jalan.

Setelah puas berjalan rupanya baru sampai ke tempat aku mula-mula jogging pagi tadi. Itu maknanya memang jauh lagi la nak ke resort. Hampeh tul, sabar jer la. Inilah namanya dugaan, alah bisa tegal biasa.

Akhirnya barulah kami sampai ke resort melalui jalan belakang. Sampai sahaja aku tak balik ke bilik tapi terus mandi di sungai berhampiran kerana hendak merehatkan diri yang benar-benar penat.

Selepas mandi dengan sepuas-puasnya barulah aku balik ke bilik untuk bilas mandi, tukar pakaian dan makan tengah hari. Lauk dah habis, aku makan ala kadar jer la. Sebab lepas ni nak tidur, hendak merehatkan badan yang tersedia penat.

Entah jam berapa aku terjaga, bangun jer terus aku pergi minum petang dan makan bubur kacang. Sambil tu melihat bola sepak Malaysia vs Myanmar (Sukan Sea). Selepas habis tengok bola (Malaysia menang), kami beramai makan malam yang dah mula disediakan.

Presentation terakhir pada malam ini saya tidak sertai kerana Unit UPDS telah bentang awal pada malam sebelumnya. So, saya pun balik bersama Farhan dan Abang Sharul lebih awal iaitu selepas Isyak. Hari yang memenatkan telah berakhir tetapi sakit seluruh badan pula bermula.

Nasib baiklah esoknya hari Ahad, so boleh la rehat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: