Repair Laptop Dan Netbook

Minggu lepas Umair buat main laptop mamanya sampai rosak. Entah apa yang ditekan-tekan sampai keluar error startup failed to start. So, nak taknak kena la pinjamkan netbook buat sementara saya repair laptop ni.

Oleh kerana kekangan masa, baru hari ini saya dapat periksa dan repair masalah tersebut. Cara mudahnya saya restore semula kepada factory setting. Itulah jalan yang mudah setelah melalui jalan yang susah.

Siap sahaja repair laptop, saya bawa balik untuk diserahkan kepada isteri saya. So, lepas ni saya boleh la gunakan semula Netbook saya semula. Walau bagai mana pun, terjadi satu perkara yang tidak diingini telah berlaku.

Netbook saya pula rosak dikerjakan oleh anakku Umair ketika beliau bersendirian bermain-main. Entah apa yang dibuat, paparan skrin dah terbalik 90° dan frame skrin tercabut dari tempatnya.

Terkejut pula bila tengok jadi macam tu. Dengan pantasnya saya terus betulkan semula seperti asal walau pun mengambil masa kerana sebahagian frame telah bengkok sedikit. Boleh jadi Umair duduk di atas Netbook atau pukul dengan kuat.

Setelah dibelek-belek ada pula benda yang retak. Adoi, sakitnya hati. Geram pula aku pada Umair ni. Nak marah, tapi dia masih kecil lagi. Bertambah aku geram apabila Umair gelak-gelak apabila tengok papanya. Sabar jer la, dugaan sedang menimpa.

Nasib baiklah aku seorang Computer Technician yang handal. Kalau hantar kedai entah berapa ratus kena ketuk. Dah selesai repair Netbook, barulah aku tulis semula ke dalam blog apa yang telah aku lalui pada hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: