Task Force Hari Sabtu

Seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Jumaat, maka akan adalah kerja OverTime pada hari Sabtu ini. Semua yang terlibat adalah saya, Aziz, Saidi, Norhisham, Hedzwan, Suhaimi, Saiful Azre, Masturah dan Zakryl, 9 orang kesemuanya.

Program yang dirancang akan dimulakan pada jam 10am dan dijangka berakhir pada jam 4pm. Breakfast, Lunch dan minum petang ditanggung beres. Cuma breakfast jer yang aku tak puas hati, sebab menu hidangan adalah Kuew Teow. Aku tak makan Kuew Teow laaa..

Namun hanya 7 orang sahaja yang hadir, manakala 2 orang lagi tidak hadir dengan alasan masing-masing. Masturah tidak dapat hadir dengan alasan demam. Aik!! semalam elok jer tiba-tiba hari ni demam. Zakryl pula dengar cerita ada event tangkap gambar.

 

Maka 7 orang ini sahaja la yang bekerja keras mengemas stor di tingkat 6 dan stor di tingkat 3. Kerja yang dimulakan dengan stor di tingkat 6 agak memenatkan kerana perlu diasingkan kotak dan cpu dan monitor.

Demi menjaga kesihatan, semua orang mengenakan sarung tangan getah dan penutup mulut agar tidak tersedut habuk-habuk yang bukan main lagi banyaknya. Nasib baiklah aku takder alergik pada habuk, kalau tak mesti dah menggerutu kulit aku ni.

Siap sahaja kerja di tingkat 6, hari pun dah masuk tengah hari. Makanan tengah hari telah pun tersedia, menu yang cukup best menjadi pembuka selera. Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Buah-buahan dan Air Blackcurrent cukup menyelerakan.

Kami berehat sebentar sementara menunggu jam 2pm untuk sambung kerja di tingkat 3. Peluang rehat yang ada digunakan untuk rehat dan ada yang tidur. Aku pula takleh tidur, mungkin sebab aku bukan jenis suka tidur tengah hari.

Terdapat 2 stor di tingkat 3, kami selesaikan stor yang kurang barangnya, maka cepatlah selesai. Manakala stor yang satu lagi begitu banyak sekali barangnya, sampaikan tiada ruang untuk menyusun barang. Nak tak nak memang kena keluarkan dahulu semua cpu dan monitor dari stor barulah boleh disusun.

Setelah berbincang secara ala kadar dan melihat masa yang ada, kami tangguhkan dahulu kerja bagi stor yang sarat dengan barang ni. Kalau kami teruskan juga alamatnya kami akan balik malam la jawabnya. So, kenalah cari satu hari lain untuk stor yang satu ni. Apa yang tak boleh tahan ialah ada bau yang sangat-sangat tidak menyenangkan keluar dari stor ni. Boleh pengsan kalau duduk lama-lama.

Pada jam 3.30pm kami pun balik ke pantry untuk minum petang. Kuih dan Nescafe panas menjadi santapan kami petang ini. Sambil berborak mengenai pelbagai perkara dari hal sunat-menyunat, kereta dan sport rim, sampai ler ke hal pejabat yang biasanya berbaur umpatan.

Lebih kurang jam 4pm kami pun beredar dan balik ke rumah setelah penat seharian bekerja. Aku pula tunggu masuk waktu Asar barulah balik. Alang-alang katakan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: