11.11.11

Tarikh yang menjadi tarikan ramai, baik dibuat sebagai tarikh yang paling bermakna mahupun ada sesuatu yang terjadi pada waktu tersebut. Apa pun tarikh hari ini iaitu 11hb November 2011 adalah tarikh yang cukup menarik nombornya.

11.11.11 adalah tarikh yang orang jadikan sebagai tarikh nikah ataupun waktu untuk bersalin bagi wanita mengandung. Banyak juga perkara yang berlaku pada tarikh yang bersangkut paut dengan saya baik secara langsung mahupun yang berlaku di sekeliling saya.

Apa yang berlaku pada hari ini..

Proton Savvy – Adalah menjadi kebiasaan saya menghantar adik ipar saya yang bongsu ke sekolah. Semasa hendak menghidupkan enjin, kereta ni buat hal pulak. Sensor mana pula yang kong nih, payah juga bila kereta fully electronic nih. Lagi-lagi bila namanya Proton.

Modenas Kriss – Semasa hendak pergi breakfast saya dan rakan bercerita pasal motor masing-masing sambil membuat penilaian mengenai motor Honda Wave Ultimo. Rakanku Yazeed yang memang bercadang hendak membeli motor baru pada tahun depan membelek-belek motor orang di parking lot. Semasa hendak menghidupkan motornya (Kriss), langsung tak nak hidup. Merajuk motor ni agaknya.

Zaki & Shi Shi – Officemateku Zaki Tukimin melangsungkan akad nikah pada hari ini. Dengar khabar dari Boss saya (Sharulhizad), 2x kali akad nikah yang dibuat. 1st yang silap tu tak dapat dipastikan, kena dengar sendiri dari orang terdekat atau tuan empunya badan tu sendiri.

Niena Nak Bersalin – Minah ni dah start cuti dari hari Isnin, tup tap tup tap dengar cerita hari ni dah ada kat Wad Obstetrik 1B. Cun pulak pilih tarikh baby baru dia nih. Tapi entah dapat bersalin pada tarikh ni ker tak? Rasanya tak kot, bila dengar berita dari husband dia macam lama lagi. Nasib lah, tak dapat tarikh 11.11.11 dapat tarikh 12.11.11 pun jadilah. Apa yang penting baby dia selamat dilahirkan.

XpertEleven – Result bola keluar pada setiap Selasa dan Jumaat. So hari ni saya menang besar melawan New Geli Geli FC dengan jaringan 3-0. Cayok my team cayok. Hahaha…

DoTa Day – Simple ‘Lansi’ word that I copy from my Boss’s statement. “Tilo Ala Sinyum~…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: