Umair Dan Motor Baru

Pagi-pagi lagi saya dah kena hantar adik ipar ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kerana beliau hendak balik ke Johor Bahru. Pergi punya la awal tapi last sekali dapat tiket jam 1.30pm. Nak tak nak kena jugak la, sebab memang itu saja yang available.

On de way nak pergi beli tiket, boleh pula dia tertinggal iPad 2 kesayangan. Berlari terus patah balik ke kereta, nasib baik la ada. Kalau tak mesti sepanjang perjalanan dalam bas meraung sakan.

Mengenangkan masa untuk bertolak masih lama lagi, maka kami pun breakfast dahulu. Makan tengah hari pun sama, sebab dah alang-alang masuk tengah hari. Selepas menemankan dan memberi nasihat yang lebih kurang, ipar saya ni pun pergi la ke boarding area.

Saya pula balik ke rumah dan ambil kunci rumah untuk ke Semenyih, kerana ada banyak hal yang belum selesai. Banyak juga barang dan harta karun yang dijumpai bila dah kemas secara besar-besaran nih. Cuma ada beberapa saja lagi yang belum selesai ini kerana kesuntukan masa.

Bila hari dah mula senja, maka saya pun balik semula ke Seri Kembangan. Sampai di rumah, Umair sedang makan bersama mamanya. Rupanya Umair ada motor baru, motor elektrik yang dibelikan oleh Nani semasa survey kain langsir di Nilai, Negeri 9.

Baru hari pertama beli dan main, Umair dah pandai mengawal dengan baik. Forward memang cun, tapi masa nak Reverse Umair masih belum pandai. Kawal stereng macam motor sebenar, bila diangkat dari motor Umair langsung taknak lepas. Kalau boleh nak peluk saja motor baru tuh.

Maka kereta yang selalu Umair buat main tolak-tolak secara tak langsung dipinggir begitu sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: