Umair At The Mines

Hari Sabtu ialah hari untuk Nono dan Kakaknya shopping sakan kerana ada wholesale di butik Mr Reed. Entah betul ke tidak spelling Mr Reed nih, aku main bedal jer. Apa la yang menarik sangat pasal sales nih, tapi mengikut kata mereka ni memang murah ler.

Kononnya, diskaun kebiasaannya hanya 10% ke 20% sahaja. Cuma wholesale kali ini boleh sampai 50% yang mana ianya tersangat la murah bagi peminat Mr Reed. Aku iakan sahaja kata-kata mereka nih.

Aku pula terpaksa la layan karenah anak aku yang sorang nih. Aku bawa Umair ke Splash Park untuk bermain di playground, cuma kasihannya Umair tak boleh mandi sebab tak bawa tuala dan seluar mandi. Umair pula cuma boleh lihat keseronokan budak-budak lain yang bermain air.

Selesai bermain kami pergi mendapatkan mama Umair dan Maminya. Rupanya masih belum selesai lagi memilih baju, memang shopping sakan diorang nih. Umair pula bermain-main dengan papa sambil menunggu mamanya habis shopping.

Selesai shopping di Mr Reed kami makan di Food Court. Menikmati Sizzling Yee Mee menjadi satu kemestian apabila makan di Food Court. Umair pula berkongsi makan dengan mamanya iaitu Claypot Chicken Rice.

Sudah tiba masa untuk balik, rupanya belum lagi. Ada lagi tempat shopping yang perlu disinggah, iaitu FOS. Seperti biasa kena jaga Umair lagi, nak duduk pusing-pusing dalam FOS macam bosan. So, aku temankan Umair bermain permainan yang ada disediakan di ruang legar. Umair cukup happy, siap bertukar-tukar mainan lagi.

Lama juga mereka ni shopping, Umair dah mula meragam sebab tunggu mamanya lambat. Entah berapa lama tak periksa pula jam di tangan, mama Umair selesai shopping jer terus Umair dapatkan mamanya.

Ingatkan dah selesai ada lagi rupanya, butik apa pula sebelah FOS tuh tak ingat namanya. Shopping pula di situ, kali ni aku pula yang naik angin sebab for sure mesti lama. Nasi baik la dalam butik tu ada tempat duduk, boleh ler rilek sikit. Selepas bancuh susu dalam botol, Umair pun landing atas riba papa.

Apabila Umair selesai minum susu, Umair mula aktif bagaikan bateri yang baru dicas. Dalam bermain-main sekitar ruang kasut, ada seorang baby india cukup suka bermain-main dan sering peluk cium Umair. Mungkin sebab Umair comel agaknya sampai baby india tu ajak Umair main bersama.

Umair pula agak kurang mesra pada mulanya kerana baby india tu yang excited, dah lama lepas tu barulah Umair boleh dibawa bermain bersama. Entah berapa lama kali ni sama juga saya tak periksa jam, barulah selesai. Dan kali ini barulah kami betul-betul balik ke rumah selepas puas shopping.

Tapi sebelum tu kami beli dessert ais krim McD dan barulah kami semua pulang ke rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: