Honda Wave Sasaran Pencuri

Ketika hendak balik ke rumah selepas penat bekerja seharian, seperti biasa saya akan menghidupkan motor seperti mana orang lain menghidupkan kereta. Tetapi ada sesuatu yang pelik dan menghairankan kerana ada sesuatu yang tidak kena pada motorku itu.

Apabila saya cuba hendak memasukkan anak kunci ke lubang kunci, ianya seperti ada yang tersekat. Lubang kunci seperti diumpil menyebabkan kunci motorku tidak dapat digunakan. Ditambah pula handle lock telah terbuka berserta tempat duduk telah dibuka.

Nasib saya agak baik kerana motorku tidak berjaya dihidupkan oleh pencuri tersebut. Segala-galanya hanya tinggal pulas untuk hidupkan sahaja. Entah kenapa ianya ditinggalkan begitu sahaja, mungkin kerana pencuri tersebut tidak berjaya untuk pulas hidup atau ada orang yang memerhatikannya.

Saya ingatkan motor seperti Yamaha LC135 dan Yamaha RXZ sahaja menjadi sasaran pencuri, rupanya Honda Wave burukku juga tidak terkecuali. Nampak gaya lepas ni saya terpaksa la pasang kunci tambahan untuk menambah lagi sistem keselamatan yang sedia ada.

Satu hal lagi, saya terpaksa membaiki lubang kunci yang telah dirosakkan oleh pencuri tersebut. Kurang ajar betul pencuri tuh, kalau saya dapat pencuri tu memang lembik aku kerjakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: