Repair PC “Baru” Dol

“Apalah gunanya ada seorang kawan yang mahir membaiki komputer sekiranya tidak dapat membantu kawan-kawannya yang mengalami masalah komputer”. Itulah salah satu falsafah aku dalam dunia ICT sebagai Computer Technician yang banyak cabaran dan dugaan.

One of my office mate iaitu Dol, mempunyai masalah dengan PC “Baru”nya. Entah kenapa PC tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Jangan kata nak loading Windows, BIOS pun tak dapat nak masuk.

Saya dengan hati yang terbuka secara suka rela membantu rakanku apabila diminta pertolongan. Dipendekkan cerita, mengikut pengalaman saya yang dah jadi asam garam dalam dunia membaiki komputer ni ianya adalah kerosakan Motherboard (MoBo).

So, nak tak nak kena la cari MoBo baru untuk diganti bagi menghidupkan semula PC “Baru”nya itu. Setelah mendapat gaji pada minggu lepas, Dol pun membeli sebuah MoBo baru seperti yang disarankan olehku. Tidak banyak pilihan yang ada untuk MoBo dengan soket 775 kerana ianya telah obsolete.

Setelah mendapat MoBo baru, bermulalah detik hitam dalam carrier aku sebagai Computer Technician. Berbagai-bagai dugaan dengan 1001 kemuskilan yang tidak dapat saya huraikan satu persatu di dalam blog ini kerana terlalu teknikal. Secara Am nya, saya pening dengan masalah yang tidak sepertinya.

Setelah saya gantikan MoBo baru untuk disalin ke dalam kotak casing, PC tidak dapat dihidupkan. Aik!!! pelik bin ajaib. Apa pula masalah PC ni, so nak tak nak kena la ganti satu persatu dengan komponen PC yang lain untuk mengenalpasti punca kerosakan.

Setelah hampir semua komponen PC diganti seperti RAM, CPU, Power Suppy, Monitor, Keyboard, Graphic Card, namun PC tidak juga dapat dihidupkan. Makin bertambah pening bila difikirkan semula. Entah apa yang tak kena, semua komponen baru pun masih tidak dapat dihidupkan.

Sehingga saya terpaksa membuat pengujian dengan memasangnya secara “Naked”, mana la tahu ada short circuit di dalam casing. Namun hasilnya tetap sama. Saya cuba dapatkan komponen PC yang lain untuk diuji, namun hasilnya tetap menghampakan.

Pada ketika ini, saya sudah mula putus asa dan timbul rasa bersalah kerana tidak membaiki PC rakan seperti yang dijanjikan. Duit sudah keluar, tapi PC tidak juga mahu hidup. Last sekali mungkin MoBo baru ni rosak orang kata manufacturer defect, tapi ini cuma andaian sahaja dan ianya boleh berlaku cuma kebarangkalian adalah jarang sekali.

Berita buruk mengenai ketidak upayaan PC “Baru” Dol untuk di CPR kan telah aku sampaikan pada tuannya. Dalam masa yang sama saya cuba cari jalan penyelesaian lain untuk memastikan bahawa bukan MoBo tersebut yang rosak sebelum tindakan claim warranty dibuat. Owner dah pun mengeluh, sampai tidak mahu mengambil tahu apa yang terjadi pada PC “Baru”nya itu.

Last sekali, saya dapatkan komponen PC yang terpakai tetapi in working condition untuk dicuba buat kali terakhir sebelum saya mengeluarkan laporan post mortem. Alhamdulillah, secara tiba-tiba MoBo tersebut dapat dihidupkan dan boleh masuk BIOS.

Selepas itu saya pun membuat beberapa pengujian dengan beberapa komponen PC yang lain sebelum ini untuk mengetahui punca sebenar tidak boleh dihidupkan. Oleh kerana banyak pengujian yang dilakukan saya pendekkan, so didapati rupa-rupanya ada satu lagi komponen PC yang rosak. Bukan MoBo sahaja RAM pun rosak sekali.

Juga didapati komponen PC baru yang diuji sebelum ini juga rosak, sekaligus menjawab segala persoalan di minda dan merungkai segala masalah. Komponen PC terpakai juga yang boleh dipercayai. Setelah membuat panggilan telefon, berita gembira disampaikan kepada owner PC ini.

Satu pengalaman berharga yang tidak dapat dengan hanya membaca iaitu melalui praktikal saya perolehi. Penat otak saya memikirkan masalah tersebut namun semua itu berbaloi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: