My Week End

Adoi!!! tiba-tiba aku terjaga dari tidur apabila anakku Umair mengopek jerawat yang ada di mukaku untuk menyuruh aku bangun. Aku ingatkan siapa la yang saja cari masalah ngan aku di awal pagi ni, rupanya Umair. Terus tak jadi marah apabila lihat Umair senyum sambil gelak-gelak apabila berjaya mengejutkan papanya dari tidur.

Aktiviti hujung minggu aku kali ini ialah mengemas rumah. Begitu banyak rupanya benda yang perlu dikemas, maka aku terpaksa la mengamalkan 5s seperti yang aku lakukan di pejabat. Cuma bezanya aku hanya “Sisih” sahaja, manakala “Susun” “Simpan” aku lakukan di lain hari.

Rupanya banyak makanan di dalam almari dapurku. Setelah diselongkar satu persatu maka hasilnya, nah kau. Satu jumlah yang cukup besar untuk stok makanan 2 bulan. Tapi malangnya, hampir kesemuanya telah melepasi tarikh luput yang mana sudah tidak selamat untuk dimakan.

Pada malamnya, bapa mertuaku membawa kami semua makan di Restoran Black Canyon di Summit USJ. Nampaknya langkah kanan aku pada malam ini. Setelah penat lelah mengemas rumah kini tiba untuk makan malam.

Umair adalah orang yang paling happy sekali, makan apa sahaja yang orang bagi padanya. Kalau hari-hari macam ni memang makin “Bulat” la anak papa ni. Nasib baik la metabolisme Umair kuat, so nampak muscular sikit dan bukan obes.

Selesai makan kami semua balik ke rumah, takder singgah mana-mana pun sebab semua orang sudah kenyang. Mata pun tunggu masa nak tidur. Alhamdulillah, rezeki pada hari ini cukup murah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: