Work, Work And Work

Balik saja dari bercuti sudah tentu kerja di pejabat sedang menunggu. Banyak kerja yang pending, tidak kira kerja baru atau kerja berterusan. Semuanya kena selesaikan secepat yang mungkin sebelum tiba masanya.

Server Symantec yang down sampai sekarang masih belum pulih dari kecederaan. Berbagai usaha dan cara cuba digunakan, baik cadangan dari vendor-vendor mahupun technical support yang saya dapatkan dari website Symantec.

Sedikit sebanyak aku mula tawar hati dengan produk Symantec kerana technical support tidak dapat memberi jawapan atau penyelesaian yang wajar. Apa yang perlu dibuat ialah reinstall and start from scratch kemudian gunakan backup yang ada untuk restore.

Itu bukanlah penyelesaian yang aku harapkan, kerana risikonya aku perlu reinstall semula kepada semua client PC yang berjumlah 1800 mengikut lesen yang ada. Satu kerja yang tidak boleh dilakukan dalam seminggu dua. Sebulan pun belum tentu selesai and by that time banyak PC yang dah diserang virus.

Lesen Kaspersky pula sudah hampir tamat, hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk renew. Well, yang ini aku tidak perlu risau sangat kerana bab renew lesen dan bayaran bukan di bawah bidang dan tugasku. Aku cuma technical person untuk antivirus ini.

Apa yang merisaukan ialah apabila lesen lambat diperbaharui dan berbagai masalah timbul apabila virus definition tidak dapat dikemaskini. Masalah juga ni, cuma benda macam ni aku boleh pandang sebelah mata.

Solution Backup pula perlu dibuat untuk backup semua server. Nampaknya penggunaan tape sebagai backup terpaksa dilakukan kerana kekangan bajet dalam membuat pembelian storan yang berTeRa-TeRa besarnya berakhir dengan kegagalan.

Maka aku juga yang terpaksa mencari solution backup yang menggunakan tape ini dengan mana-mana vendor IT yang ada di Malaysia ni. Pastu nak cari yang bajet harga below RM50k. Aiyak!!! Susah la ini macam tauke, mau bagus tapi mau murah.

Maka selagi kita masih bernafas selagi masih hidup, kerja, kerja dan kerja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: