Back To KL

Selepas 5 hari bercuti di Labuan, sudah tiba masanya untuk kembali semula ke KL. Banyak perkara berlaku walaupun singkat dan tidak banyak tempat yang dilawati. Ianya tetap menjadi ingatan dan memori di hati.

Dapat jumpa mak yang jarang sangat dapat jumpa, abah pula boleh dikatakan kerap sebab dia selalu datang KL. Cukup seronok apabila mak memasakkan makanan kegemaranku iaitu “Ketam Masak Lemak”. Berselera sungguh dapat makan ketam yang tersangat-sangat fresh.

Berjalan-jalan bersama wife di Taman Damai, Layang-layangan sambil menikmati sayap ayam yang enak dan juga air kelapa muda (takder la muda sangat) yang lazat menjadi salah satu aktiviti di petang hari. Kasihan Umair tidak dapat ikut kerana tidur di rumah dan dijaga oleh atuk dan neneknya.

Melawat muzium hidupan marin menjadi salah satu daripada aktiviti. Kebetulan ada pameran hidupan laut yang berbisa dipamerkan kepada umum. Tidak puas melawat untuk pertama kali, kami datang semula keesokan harinya.

Ujana Kewangan menjadi salah satu mercu tanda kebanggaan orang Labuan. Mana tidaknya, ianya satu-satunya shopping complex yang ada di Labuan. Orang Labuan tidak akan sebut “Ujana Kewangan” tetapi mereka akan sebut “UK”.

Melawat kedai adikku yang berada di Terminal Feri yang baru yang menjual pelbagai barang perhiasan aksesori wanita serta pakaian. Hendak kata kecil tidak, besar pun tidak. Senang cerita sederhana besar la jawabnya.

Umair pula cukup gembira bermain di pantai apabila dapat melihat laut yang terbentang luas dengan deruan ombak. Namun kasihannya, ianya hanya sementara kerana hari sudah lewat. Terlupa pula bahawa Labuan memang awal masanya. Jam 6pm sudah mulai gelap.

Sempat juga kami ke rumah lama yang menjadi kenangan isteriku di Sawangan Cina, Membedai. Tidak banyak perubahan yang berlaku, macam mana ianya 10 tahun dahulu, begitulah ianya sekarang. Apa yang membezakan ialah pokok mangga di rumah tersebut berbuah dengan lebatnya.

Selepas ini mungkin aku akan merindui Labuan, walaupun bukan tanah tumpahnya darahku. Di situlah aku membesar dari tadika ke sekolah rendah hingga menengah. Sampai masanya, aku akan kembali. Insya-allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: