Steve Jobs Meninggal Diusia 56 Tahun

Di kalangan orang IT, siapa yang tidak kenal dengan Steve Jobs. Beliau adalah pengasas Apple yang telah mengeluarkan pelbagai produk komputer seperti Mac, iPod, MacBook dan banyak lagi.

Antara produk Apple yang terlaris ialah iPhone. Ianya menjadi wishlist kepada semua orang yang meminati smartphone yang elegance, canggih, unik dan yang terbaik di dalam kelasnya.

Kini Steve Jobs telah pun meninggal dunia pada kala usianya yang ke 56 atas faktor kesihatan. Banyak sumbangan yang telah dihasilkan oleh beliau dalam dunia IT sehingga menjadi ikon kepada peminat di seluruh dunia.

Idea beliau dalam menghasilkan komputer di telapak tangan menjadi kenyataan apabila terhasilnya iPhone. Kehilangannya begitu terasa oleh syarikat Apple kerana tanpanya, Apple tidak akan berdiri seperti sekarang.

Namun Tim Cook yang menjadi CEO Apple terbaru akan menyambung perjuangan Steve Jobs. Pun begitu masih ramai yang ragu, sejauh mana beliau akan membawa Apple ke zaman kegemilangannya seperti yang pernah dilakukan oleh Steve Job.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: