Jumpa Kawan Lama

Ada la seorang kawan lama kepada isteriku iaitu Zehan, manakala suaminya pula kawanku yang bernama Hasan. 3 tahun yang lepas mereka pergi ke OverSea iaitu United Kingdom kerana Zehan menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Hasan pula sebagai spouse follow isterinya ke sana.

Minggu lepas mereka kembali semula ke tanah air dan baru hari ini kami dapat berjumpa. Kami telah set perjumpaan di Restoran Black Canyon di USJ Summit, namun terpaksa diubah lokasi kerana Restoran Black Canyon tutup awal kerana ada pembersihan serangga oleh Pest Control.

Kami masing-masing membawa anak untuk diperkenalkan. Adaira Safiya (anak Zehan & Hasan) dilahirkan di Glasgow, Scotland. Pipinya cukup tembam, geram pula tengok. Tapi malu yang teramat, sampai tak boleh nak pegang. Asyik berkepit dengan bapanya. Umair pula cuba buat kawan tapi takder respond.

Banyak perkara dan cerita yang menarik dari Hasan dan Zehan semasa di United Kingdom sehinggakan masa yang ada tidak cukup. Kedai dah nak tutup, tetapi kami masih lagi berbual panjang. Oleh kerana masa tidak mengizinkan kami tamatkan perbualan.

Adaira pula yang pada mulanya agak pemalu, baru hendak bermain-main dengan Umair. Lambat pula enjin nak panas budak ni, tapi nak buat macam mana. Sudah sampai masa untuk balik. Maybe next time, kalau ada masa baru dapat bersembang panjang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: