My New Passport

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. Semalam saya baru dapat panggilan telefon dari Imigresen mengatakan passport dah siap. Ikutkan memang nak ambik semalam tetapi disebabkan kekangan kerja terpaksa la ambil pada hari ini.

Pada sebelah petang kira-kira jam 2pm saya pergi ke pejabat imigresen di Precint 15 untuk mengambil passport. Kuingatkan dah boleh ambil terus dan balik. Ada juga dugaan yang menimpa di petang hari ni.

Pembayaran perlu dibuat sebelum passport diserahkan. Masalahnya, kaunter pembayaran tu pula asyik kosong sahaja tanpa kakitangan imigresen bertugas. Nombor giliran aku pula ialah yang kedua, tetapi nak menunggu yang satu ni gerak pun sikit punya lama.

Ting tong, barulah nombor orang di depan aku dipanggil untuk membuat bayaran. Selepas tu sepatutnya giliran aku la pula, tapi sangkaanku meleset. Kakitangan imigresen yang bertugas di kaunter bayaran hilang sekali lagi entah ke mana. Tunggu punyalah lama, ada la dalam 40 ke 45 minit.

Kalau nak kata kakitangan tersebut pergi solat, takkan la sampai 40 minit. Takkan la takder orang yang boleh gantikannya. Kalau la ada kotak aduan kat situ, mahu aku letak “sangat-sangat tidak memuaskan”.

Selepas selesai buat bayaran, kira-kira 10 minit nombor giliranku dipanggil sekali lagi untuk mengambil passport. Alhamdulillah, selesai juga akhirnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: