Mendung

Cuaca hari ini nampaknya mendung. Tetapi tidak pula menunjukkan tanda-tanda hendak hujan. Bagus juga kerana cuaca tidaklah panas terik. Suasana yang sejuk bagaikan hendak diselimuti dengan kehangatan selimut yang tebal.

Namun terpaksa dilupakan kerana aku kini berada di pejabat. Kerja menjadi tanggungjawab yang diberikan priority. Ditambah pula hari ini ialah puasa sunatku yang ke-5. Nanti kuranglah pahala puasa kalau banyak tidur.

Ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan iaitu mengemas partition kerana esok auditor dalaman 5s akan membuat tinjauan. Aku memang dah bersedia dengan 5s kerana sejak dari minggu lepas lagi aku dah siap mengemas.

Puasa yang ke-5 nampaknya tidak banyak dugaan, cuma usikan rakan-rakan sepejabat yang sentiasa menayang lebihan kuih raya. Apa la sangat kuih raya, kalau Pizza Hut tu mungkin tergugat juga. Cuaca yang sejuk ditambah dengan air-con menambah lagi kesedapan untuk tidur.

Harap-harap puasa hari terakhir tidaklah sukar seperti sebelum ini. Siap pening kepala kena makan PCM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: