Zon Purple Buat Open House

Majlis sambutan hari raya yang dibuat oleh zon lain juga dibuat oleh zon purple. Banyak zon dalam jabatan aku ni, ada zon coklat, zon merah, zon hijau, zon biru, zon apa lagi yer.. So, aku yang berada di dalam zon purple juga membuat persiapan sambutan hari raya untuk zon purple.

Setiap orang akan membawa juadah masing-masing yang telah dipersetujui. Aku ambil ler kerja yang paling mudah, beli kek sahaja. Ada la beberapa jenis seperti Cheese Cake, Pandan Swiss Roll, Orange Swiss Roll dan Jem Swiss Roll. Beli last minit kat Jaya Jusco Equine malam tadi.

Banyak juga juadah yang tersedia, ada nasi himpit, kuah kacang berserta lodeh, roti jala, sate, buah-buahan, kambing grill, ayam grill, kek pepperoni dan air oren sunquick. Bila dikumpulkan semua makanan di atas meja, cukup untuk hidangan satu jabatan. So, kami tanpa segan silunya menjemput semua staff dari zon lain untuk sama-sama menjamu selera.

Walaupun ruang makanan agak sempit dan terhad, namun sambutan agak meriah. Makanan akhirnya habis dan terdapat sedikit saki baki yang kebanyakkan dibawa balik oleh staff zon purple. Akhirnya projek last minit berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Plan hari Jumaat, buat untuk hari Isnin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: