Dugaan Puasa Sunat Hari ke-3

Puasa 6 yang aku lakukan baru masuk hari ke-3. Mana tidaknya, aku sendiri lengahkan puasa 6 ni kononya banyak hari lagi di bulan Syawal. Tup tup tup, dah nak akhir bulan. Kelam-kabut nak cukupkan 6 hari.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun mandi dan bergegas ke Jabatan Imigresen Passport Putrajaya untuk membuat passport. Lebih kurang jam 10.45am semua urusan membuat passport selesai.

Balik saja ke rumah, isteriku, ibu mertuaku dan adik iparku Nono dah bersiap nak ke rumah Mak Teh. Rupa-rupanya Mak Teh buat Open House hari ni. Adoi, melepas nak merasa kek-kek buatan Mak Teh yang sedap-sedap belaka itu.

Bertambah lagi dugaan, apabila anak Mak Teh iaitu Hadif asyik dok tayang minum Air Sirap depan aku. Adoi, budak ini cukup mencabar keimanan aku. Dah habis minum dia refill lagi, minum lagi teguk lagi, refill lagi berkali-kali. Sabar jer la aku. Ggrrr!!!

Lebih kurang jam 2pm kami pun mula balik sebelum hari hujan. Rupanya ada sebuah rumah lagi yang perlu disinggah iaitu di Saujana Impian, Kajang. Macam nak balik rumah aku di Semenyih jer. Rumah kali ini bukanlah sedara, cuma kenalan jiran mertuaku yang lama.

Kat sini pun boleh tahan juga godaannya, nasi himpit berserta kuah kacang dan lodeh. Adoi, sabar jer la aku. Nasi Beriani pun boleh tahan juga bila tengok warna dan aromanya. Air oren yang kelihatan sejuk, boleh nampak air dingin mengalir di dinding gelas.

Perggghhh, sabar-sabar. Ada beberapa hari saja lagi. Itu semua dugaan hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: