Majlis Sambutan Hari Raya JTM 2011

Seperti biasa dan seperti tahun-tahun yang sebelumnya, jabatan di tempat kerjaku membuat Majlis Sambutan Hari Raya untuk tahun ini. Majlis yang dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Penaung KSKJTM iaitu Dr. Ahmad Taufik Jamil dan juga Pengerusi KSK yang baru Encik Saidi Putra Nurham.

Sumbangan duit raya juga diberi oleh pihak KSK kepada semua ahli KSK dan disudahi dengan bacaan doa makan oleh saudara Aziz (pembaca doa makan default). Apabila selesai sahaja doa makan, tanpa membuang masa kami semua makan makanan yang telah tersedia.

Juadah adalah seperti nasi beriani, sate, beberapa lauk-pauk, buah-buahan dan beberapa jenis kuih-muih. Hidangan yang disediakan cukup menyelerakan walaupun tidak sebanyak yang disangka. Pun begitu, ianya tidak juga habis kerana ada sesi makan selepas solat Jumaat.

Selesai makan kami mula bergambar mengikut tema masing-masing. Bermula dari tema ikut zon, tema ikut warna baju, tema pasangan suami isteri dan tema konon hensem dan konon cantik. Heheh..

Kemudian barulah kami pergi mengerjakan solat Jumaat. Dengar jer khutbah Jumaat, insaf semua staff bila dengar membazir itu amalan syaitan. Balik dari solat Jumaat, saki baki makanan masa jamuan tadi habis terus licin sehingga menjilat jari. Senang sikit Zaini nak basuh bekas dan pinggan di pantry.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: