Umair Masuk A&E PPUKM

Tengok tajuk jer macam serius jer bunyinya. Sebenarnya Umair hanya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar sahaja. Memandangkan hari ini hari Ahad, klinik pediatrik tutup dan hanya A&E sahaja yang menerima kes pesakit luar.

Saya membawa Umair ke PPUKM kerana penyakit cirit-birit Umair masih berlarutan selama 3 hari. Puncanya tidak dapat dipastikan, kerana berbagai anggapan bermain difikiran. Mamanya kata sebelum Umair cirit-birit dia ada makan nasi himpit (ketupat moden) yang telah di sejukkan di dalam peti sejuk (lebihan Open House tempoh hari).

Aku pula fikir mesti disebabkan penyediaan makanan Umair yang kurang bersih. Entah dimana silapnya, tidaklah saya mahu menuduh sesiapa dalam hal ini. Saya redha sajalah, pasti adalah hikmah semua yang berlaku.

Sebelum itu, saya pernah hantar Umair ke Klinik Fadzliyana (klinik panel) untuk mendapatkan rawatan. Tetapi krim sapu yang diberikan seperti memberikan kesan mengelupas pada kawasan kemaluan Umair. Setiap kali basuh berak dan krim disapu, Umair mesti kesakitan sambil menendang-nendang.

Sampai di A&E PPUKM, doktor yang bertugas memberikan krim juga tetapi jenis oil base yang kurang menyakitkan. Apabila ditanya doktor, “Anak macam mana sekarang, dia ada murung atau tak bermaya?”. Secara sponton Umair berlari ke hulu-hilir sambil ketawa keriangan. Nampaknya soalan doktor tersebut telah dijawab oleh Umair sendiri, tak perlulah kami menjawabnya.

Selesai mendapatkan rawatan, beberapa paket air garam diberikan oleh farmasi dan kami pun menjamu selera di Cafe PPUKM. Waffle dan Burger menjadi santapan kami dan Nescafe Ais menjadi penghilang dahaga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: