1st Day Puasa Syawal

“Puasa 6” adalah panggilan bagi orang di Malaysia iaitu Puasa Sunat 6 hari di bulan Syawal. Bermulalah puasa 6 yang aku tak pernah buat sebelum nie. Puasa sunat 6 hari ini, jika dilakukan akan menyamai pahala seperti orang yang berpuasa selama setahun. Begitulah ganjaran yang diberi kepada orang Islam yang mengerjakannya.

1st day puasa aku sempat bersahur, itu nasib baik anakku Umair yang mengejutkan aku dengan menendang-nendang mukaku ketika tidur. Sahurku cukup simple, hanya dengan memakan 7 biji buah kurma dan segelas air. Kemudian masuk waktu subuh, aku solat subuh.

Ketika di pejabat badanku kesejukan bagaikan 1st day puasa ramadhan. Dugaan pertama adalah, apabila ada unit di pejabatku membuat jamuan raya pada waktu tengah hari. Alangkah banyaknya makanan yang kelihatan enak-enak belaka, kuih-muih dan berbagai-bagai jenis juadah yang menggugat imanku. Alhamdulillah, aku pass dugaan pertama.

Masuk waktu asar, kepalaku dah pening-pening lalat bagaikan tidak cukup oksigen. Petang lebih kurang jam 6pm aku dapat panggilan dari rumah mengatakan anakku Umair tidak sihat. Cirit-birit dah masuk 6x kata isteriku. Tanpa buang masa aku terus balik ke rumah, walaupun hujan sudah mula turun di sekitar pejabatku.

Sampai di rumah aku lihat Umair seperti tidak bermaya dan kurang ceria, kehilangan banyak air ditambah dengan ruam merah di sekitar duburnya menambah rasa kasihan pula apabila melihatnya. Selepas bersiap lebih kurang, kami terus ke Klinik Fadzliyana.

Di sana aku terus register atas panel PPUKM dan menunggu giliran dipanggil. Setelah melihat lebih kurang, doktor tersebut hanya memberikan ubat sapu untuk ruam merah, sepeket air garam, ubat kembung dan ubat. Doktor tersebut tidak pula melihat ruam yang kami maksudkan. Hanya cakap sahaja dia dah tau nak bagi ubat apa, boleh pula macam tu.

Kami balik dan membeli makanan di gerai burger berdekatan dengan Restoran Al-Azwath. Oblong Ayam dan Burger Ayam menjadi pilihanku dan isteriku. Apabila dengar sahaja azan Maghrib, aku pun berbuka puasa dengan air cincau yang dibeli di Restoran Al-Azwath. Balik rumah sahaja kami menjamu selera dengan makanan yang dibeli.

Kalau ikutkan isteriku dan Umair akan ke Hatyai, Thailand pada malam ini. Namun melihat keadaan Umair yang tidak mengizinkan, terpaksa la isteriku membatalkan hasratnya. Kawannya yang dah berjanji akan pergi bersama terpaksa pergi berseorangan. Maka burn la RM250, nak buat macam mana. Ada la hikmahnya tu.

Aku pula dari pening biasa, bertambah sakit kepala. Selepas telan 2 biji Paracetamol dan segelas air. Terus aku tidur sampai esok pagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: