Raya Ke-2 @ Hari Merdeka

Raya kedua saya sekeluarga pergi melawat anak saudara yang baru lahir iaitu Irfan Harraz anak kepada adikku Hafizal. Ketika kami datang melawat, Irfan hanya tidur sahaja. Comel dan lembut, kulitnya yang agak kekuningan boleh dilihat agak jelas menandakan demam kuning yang dihidapinya.

Agak normal bagi bayi yang baru lahir, menurut adikku setakat ini paras demam kuningnya ialah 12.3 berbanding semalam ialah 13. Kurang sedikit, moga-moga cepat sembuh. Umair pula yang baru melihat sepupu barunya menampak tanda-tanda cemburu apabila mamanya mendukung Irfan. Macam-macam la Umair ni.

Tidak lupa sedikit hadiah untuk Irfan berserta duit raya kepadanya. Umair pula asyik bermain-main dengan balang kuih raya, risau pula takut pecah jadinya. Kami beransur pulang kerana ada aktiviti pula di sebelah malamnya di Tanjung.

Kami ke Tanjung melawat keluarga Mamu iaitu adik-beradik Tok tok. Di sana kami makan-makan di chalet Tanjung Tokong sambil menikmati pemandangan pantai. Tiada aktiviti mandi-manda hanya makan-makan seperti barbeque dan karaoke.

Apabila kami balik, kami berkonvoi sambil melalui Padang Kota Baru dan Padang Kota Lama. Seperti dahulu juga ianya masih tidak berubah tetap ramai pengunjungnya di waktu malam. Meriah dengan suasana lampu yang berwarna-warni dan gerai makan yang menjual pelbagai jenis makanan yang enak.

Tentang Hari Merdeka pula tidak terasa pula suasananya. Mungkin kerana sambutan raya lebih meriah berbanding merdeka, lagipun sambutan sebenar akan diadakan pada 16hb September akan datang. Malam ini adalah malam yang cukup memenatkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: