Umair Jumpa Atuk Dan Nenek From Labuan

Hari ini aku telah ambil cuti untuk membawa Umair berjumpa dengan Atuk dan Neneknya dari Labuan. Rasanya memang lama dah Umair tak jumpa Atuk dan Neneknya, begitu juga dengan Atuk dan Neneknya yang rindukan cucunya.

Pertemuan pertama kami berjumpa di Sogo, kerana Atuk dan Neneknya dalam perjalanan ke sana. So, di sanalah Umair berjumpa. Alang-alang Atuknya beli baju dan kasut Raya, Umair pun dapat baju Raya baru hadiah dari Neneknya. Baju jenama Polo dan seluar jeans jenama Soda yang ada saiz untuk Umair.

Harga baju Polo Umair saja dah mengalahkan baju Melayu Raya papa. Itu la tanda sayangnya Nenek Labuan pada Umair, sekali-sekala dan bukannya selalu. Selesai beli-belah, kami pun balik ke rumah untuk berehat. Umair pun siap tertidur-tidur lagi dalam kereta, kasihan pula dia.

Petangnya kami bersiap untuk pergi berbuka di Restoran sekitar Taman Melawati. Lauk berhidang seperti daging masak kicap, ikan bakar, sayur masak lemak, ikan masak gulai dan beberapa jenis ulam. Umair pula makan Nasi Hujan Panas, cukup berselera habis semua nasi yang disuapkan.

Pantang tengok orang lain minum, Umair pun nak minum juga. Siap tunjuk nak Carrot Susu kepunyaan neneknya. Cukup seronok Umair minum Carrot Susu sampaikan susu botolnya  dia buat tak tau saja. Bila diberi botol susu Umair minum sekejap dan lepas tu Umair buang ke lantai. Habis pecah botol susu Umair. Apa la anak papa ni..

Sebab Umair dah takder benda nak minum, saya pun pergi la dapatkan Solivite iaitu Susu Kultur kesukaan Umair. Cukup seronok Umair minum sampaikan orang panggil pun dia buat tak tahu saja. Selesai berbuka, maka tiba masa untuk balik ke rumah.

Dalam perjalanan balik ke rumah, kami singgah ke MyMydin, Puncak Jalil. Apabila terlihat sahaja mainan, Umair terus dapatkan beberapa jenis bola dan bermain macam dia kat rumah. Mainan jenis trailer kereta dan bola dibeli untuk Umair, sebab Umair cukup suka dengannya.

Sampai di rumah, Umair pun salam dengan Atuk dan Neneknya. Sebab Umair akan beraya di Penang pada tahun ini dan Atuk dan Neneknya akan beraya di Muar. So, Umair dapatlah duit Raya awal dari Atuk satu dan Nenek satu. Belum raya lagi Umair dah dapat dua duit raya. Umair cukup bertuah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: