Cermin Mata Raya

Cermin mata raya la konon, padahal nak gantikan cermin mata yang dah tunggu masa nak patah. Ini disebabkan anakku Umair yang cekap tangannya menyambar cermin mataku sekaligus mengepakkan bingkai cermin mata secara spontan. Kalau sekali dua kena kepak mungkin tidak la menjadi apa, tetapi kalau dah setiap kali dapat cermin mata dibuatnya macam tu memang rosak la jadinya.

Minggu lepas aku pergi ke Optometri UKM Kesihatan. Di situ memang ada menjual cermin mata dan pemeriksaan mata sekali. Menurut rakan sepejabatku, dalam minggu ni memang ada promosi. Cuma di sini tidak banyak pilihan seperti kedai optometri di luar sana. Aku memilih seperti yang berkenan di hati, walaupun sebenarnya tidaklah berkenan sangat pun sebab pilihan yang ada cukup terhad.

So, selepas mata diperiksa. Kuasa degree pada mata telah kurang, dimana sebelah kanan yang dulunya 4.25 turun kepada 4.00 dan sebelah kiri yang dulunya 4.00 turun kepada 3.75. Perbandingan dibuat setelah cermin mata lama diperiksa kuasa degree nya. Sebagai tambahan saya minta ditambah photogray pada kanta cermin mata tersebut supaya apabila keadaan yang terang, cermin akan gelap sedikit.

Harga bagi cermin mata saya cuma RM260 sahaja. Mahal? Murah? Entahlah, sebab saya tak pernah buat cermin mata di KL ni. Sebab cermin mata saya selalunya saya buat semasa di Labuan yang mana jauh lebih murah harganya. Boleh dapat di bawah harga RM200 bergantung pada jenis bingkai.

Selesai collect cermin mata, saya pun pergi ke booth bayaran zakat fitrah. Bagi kawasan Kuala Lumpur seorang RM7 bagi menggantikan nilai beras. RM21 saya hulurkan pada amil zakat untuk kami 3 beranak, zakat fitrah bagi tahun ini. Alhamdulillah, selesai sudah 2 perkara. Lepas ni apa pula ya, Hhmmm…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: