Beli Baju Raya

Beli baju raya sempena untuk raya tahun ini. Nak tempah dah lewat sangat, so beli jer la. Lagipun, banyak baju raya yang ada saiz aku. Buat apa susah-susah nak tempah. Cuma kalau ada peluang memang ler nak tempah, tapi al-maklum ler.

Nak tempah bukannya murah, kena pilih kain lagi. Pastu kena pilih tukang jahit yang betul-betul mahir. Kalau tak jadi la, macam 2 orang officemate aku. Kain sikit punya mahal, tapi hasilnya tidak seperti yang diimpikan.

Aku dan keluarga mertuaku pergi ke Presint 2, Putrajaya. Di dalam surat khabar ada iklan berkenaan jualan raya. Tapi bila sampai di sana bukan hanya jualan baju raya dan persiapan raya. Siap ada jualan perabot dan barangan elektrik lagi. Produk kosmetik buat para wanita, barangan bayi dan barangan dapur. Senang cerita all-in-one.

Baju raya Umair sudah dibeli color Kuning Gold, so papanya pun kena la color yang sama. Sandal yang aku pakai pun sudah lusuh, maka aku belilah yang baru. Umair pula dapat beberapa baju baru kerana Umair sekarang membesar bagaikan juara. Umur saja 1 tahun setengah, tapi dah boleh pakai baju 24 bulan.

 

Suasana agak ramai orang, nasib baiklah ianya dibuat secara indoor berkhemah dan berhawa dingin. Agak selesa bershopping seperti di shopping complex. Selesai membeli barang, kami pun balik ke rumah. Aku dah dapat sepasang baju melayu dan sandal. Umair pula mendapat baju baru. Isteriku pula belum ada yang berkenan di hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: