Disambar Petir

Ketika kami sekeluarga menunggu masa untuk berbuka, hujan turun dengan lebat ditambah pula dengan guruh yang asyik berdentum. Tiba-tiba aku terdengar bunyi meletup di luar rumah, seolah-olah kilat menyambar sesuatu. Alarm rumah yang tidak aktif, tiba-tiba mengeluarkan bunyi reset. Beepp!!!..

Selepas itu sekali lagi kilat menyambar, kali ini bunyi tidak dapat dipastikan datang dari mana. Kemudian, tiba-tiba fius PLCB terpelantik. Sudah dicuba ON semula, namun ia tetap akan jatuh. Ada litar pintas yang sedang berlaku, tapi tidak dapat dipastikan dimana puncanya.

Bapa Mertuaku berkata TV tidak boleh di ON kan. Alamak, TV disambar petir ke? Siap dengan decoder Astro sekali kena. Tapi kalau nak diikutkan cerita memang TV dan Astro dalam keadaan OFF, tiada siapa yang memasangnya pada waktu hujan dan guruh. Namun nasib tidak menyebelahi, kalau dah nak kena memang kena jugak lah.

Salah satu sebab, suis pada soket tidak di OFF kan dan kilat menyambar Astro dish di luar rumah lalu merosakkan TV yang bersambung dengannya. Itu cuma andaian aku sahaja, berdasarkan teoriku dan pengalamanku sebagai electrical wireman. TV LCD yang baru dibeli dah rosak, kasihan la pulak kepada bapa mertuaku. Memang la ada warranty lagi, tapi dalam kes seperti ini warranty tidak boleh claim.

Cuma entah macam mana nak kelentong, sebab nak claim warranty. Sebabnya, technician kedai biasanya pakar dan tahu bagaimana sesebuah peralatan elektronik tersebut rosak disebabkan kilat atau disebabkan manufacturer defect. TV satu hal, Astro tu pula entah macam mana. Ditambah pula dengan fius yang litar pintas, bilik di tingkat atas bergelap tiada elektrik.

Apabila waktu berbuka telah masuk, kami berbuka dengan mihun biasa, mihun singapore dan grill. Grill tu ada macam-macam, daging, ayam, sayur cendawan dan bermacam-macam lagi. Air cincau laici sebagai pembasah tekaknya. Selepas berbuka kena pulak fikir macam mana hendak selesaikan masalah elektrik.

Birasku Afiq membuat call pada elektrician sebelum ini untuk datang membetulkan keadaan. Selang sejam lebih kurang barulah electrician tu sampai. Alhamdulillah, bilik di tingkat atas dapat dikembalikan kuasa elektriknya, cuma dapur belakang pula yang masih belum pulih. Takper lah, asalkan bilik ada lampu dan kipas, itu yang lebih penting buat masa ini.

2 Comments (+add yours?)

  1. Qam
    Dec 04, 2011 @ 20:39:04

    Salam ,
    tumpang tnyer , bpe agk nyer kos nk btol kn astro gan tv lcd yg disambar petir ?

    Reply

    • sufri82
      Dec 06, 2011 @ 00:23:39

      Assalamualaikum,
      Saya kurang pasti berapa kos untuk membaiki TV LCD kerana dalam kes seperti saya, TV LCD saya masih dalam warranty dan segala kos baik pulih adalah percuma.

      Astro pula, saya terpaksa gantikan kabel coaxial yang baru kerana dah terbakar. Kos pula mengikut berapa panjang kabel yang diperlukan. Dalam kes saya decoder Astro yang rosak tidak dibaiki sebaliknya saya upgrade kepada Astro Byond. Dengan erti kata lain saya hanya bayar untuk upgrade dan tukar kabel sahaja.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: