3 Beranak Menonton “Cowboys & Aliens”

3 beranak tu ialah saya, isteri dan Umair. Kami pergi menonton wayang “Cowboys & Aliens” di GSC, Mid Valley sempena saya dapat 2 tiket free. Sebelum itu kami pergi berbuka puasa di Food Court. Kalau berbuka puasa di rumah, takut lambat atau jammed di pertengahan perjalanan.

Isteri saya berbuka dengan Chicken Rice dan Nescafe Ais, manakala saya pula makan Sizzling Yee Mee dan Air Mango. Umair pula pada ketika itu sedang tidur, dia tertidur semasa dalam perjalanan ke Mid Valley. Keadaan Food Court agak lengang tidak ramai orang seperti yang disangka, mungkin juga kerana hari ini ialah hari bekerja.

Semasa kami hendak habis makan, Umair dah mula terjaga. Pelik melihat keadaan sekeliling yang ramai orang dan penuh dengan cahaya lampu, Umair melihat ke kiri ke kanan entah apa yang diperhatikannya. Selepas makan, mama Umair masih lapar lagi kerana Chicken Rice tadi agak sedikit. So, dia makan set GCB, fries nanti boleh diberikan pada Umair.

Saya pergilah ke McD sebelah GSC dan memesan set medium GCB. Luckily, ada set untuk berbuka so harganya macam lunch hour 12 – 3pm. Selepas order, saya singgah sebentar booth LowYat.Net untuk redeem tiket wayang yang saya dapat percuma tu. Kemudian saya kembali semula ke Food Court untuk mendapatkan Umair.

Umair makan fries dan GCB tanpa berhenti, kasihan pula dia. Lapar agaknya, tapi Umair memang kaki makan. Bagilah apa pun, dia tak memilih kalau benda tu makanan. Selesai makan kami pergi berjalan sambil menunggu masa untuk menonton wayang. Umair yang berpakaian BatMan menaiki kereta BatMan memang padan. Umair nampak comel pula padan dengan baju dan kereta.

Selepas itu kami pergi cari baby’s room di Jaya Jusco untuk menukar pakaian Umair yang basah semasa makan di Food Court tadi. Kemudian kami terus ke GSC untuk menonton wayang. Nasib baik kami duduk di bahagian tepi sekali, so ada la privacy untuk kami 3 beranak. Kalau duduk di kerusi tengah, rasanya nanti takut mengganggu penonton lain.

Semasa cerita bermula, Umair bukan main ligat dan galak bermain. Agak kurang concentrate semasa hendak menonton dengan karenah Umair. Kami layankan jer la, takkan nak tinggalkan Umair luar panggung wayang kot. Jalan cerita “Cowboys & Aliens” agak menarik, mood cowboy dan ianya cerita serius. Rating yang saya boleh bagi ialah 4 out of 5.

Habis saja menonton wayang kami terus balik ke rumah. Sampai rumah saja dan jam 12am, agak lewat juga sebab kami menonton bermula jam 9pm. Penat tapi seronok, itulah yang boleh saya ceritakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: