Solat

Ganjaran Bagi Mereka Yang Menjaga Solat

Diriwayatkan pada sebuah hadis, siapa yang menjaga sembahyang 5 waktu, maka Allah akan memuliakannya dengan 5 perkara iaitu:

1. Masuk syurga tanpa dihisab.
2.  Dihindarkan dari seksaan kubur.
3.  Dihindarkan dari kesempitan hidup.
4.  Berjalan di atas sirat bagaikan kilat.
5.  Diberi kitab amalnya dengan tangan kanan.

Balasan Untuk Mereka Yang Meninggalkan Solat

Barang siapa yang meremehkan atau meninggalkan sembahyangnya dengan sengaja, maka Allah akan menghukumnya dengan 15 seksaan iaitu

Ketika di Dunia

1. Dicabut berkat pada umurnya.
2. Dihapus tanda orang soleh pada wajahnya.
3. Amalan yang dikerjakannya tiada pahala.
4. Doanya tidak diangkat ke langit.
5. Tidak mendapat pahala orang solehin.

Ketika Mati

6. Mati dalm kehinaan.
7. Mati dalam kelaparan.
8. Mati dalam kehausan, walau diberi air selautan pun tidak mencukupi.
9. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuknya.
10. Dinyalakan api di dalam kubur lalu bermainlah ia di dalamnya siang dan malam.
11. Didatangi ular `Syuja` yang buta mata dan kukunya dari besi dimana setiap kuku panjangnya mengambil masa perjalanan sehari.

Ketika Hari Kiamat

12. Diberatkan hisabnya.
13. Mendapat kemurkaan Allah.
14. Dimasukkan terus ke dalam neraka.
15. Putus dari rahmat Allah.

Dosa Meninggalkan Solat

Meninggalkan sembahyang adalah satu-satunya pemisahan antara keimanan dengan kekufuran. Dosa setimpal untuk mereka yang meninggalkan sembahyang bagi setiap fardu adalah seperti berikut:

Subuh –  Satu fardu yang ditinggalkan Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Zuhur –  Satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam.
Asar –  Satu fardu yang ditinggalkan, dosanya samalah seperti meruntuhkan kaabah.
Maghrib – Satu fardu yang ditinggalkan, dosanya sama seperti seorang itu berzina dengan ibu (bagi lelaki) atau bapa (bagi perempuan).
Isyak – Satu fardu yang ditinggalkan, Allah tidak akan meredhai hidupnya di atas muka bumi ini.

Sumber adiaruzali

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: