Team “Angry Birds 1” – Final

Perlawanan akhir adalah penentu kemenangan sama ada Juara atau Naib Juara. Semasa di dalam Group D, team “Angry Birds 1” menentang Pre-Klinikal. Dan kini team “Angry Birds 1” jumpa sekali lagi dengan pasukan Pre-Klinikal di final.

Sebelum perlawanan berlangsung, kapten pasukan telah menukar corak strategi permainan dengan mengeluarkan pemain simpanan iaitu Sharulhizad dan Rahman sebagai bergu lelaki bagi perlawanan pertama. Sekaligus memberi rehat yang cukup kepada ayam tambatan “Angry Birds 1” iaitu Saiful dan Farhan.

Seperti yang dijangka, pihak lawan telah mengeluarkan pemain terkuat bagi pusingan pertama. Mereka tidak jangka team “Angry Birds 1” akan membuat penukaran pemain. Mereka membuat isyarat tanda “Jari” sambil geleng kepala, menunjukkan bahawa mereka telah tersilap percaturan.

Perlawanan final pusingan pertama tidak memberi tentangan sengit kepada pihak lawan. Beberapa kesilapan berlaku, namun memang ini yang diharapkan oleh kapten pasukan. Walau bagaimanapun, Sharulhizad dan Rahman tetap bermain seperti biasa. Kekalahan dipusingan pertama sudah dijangka.

Perlawanan bergu wanita pula adalah pasangan Faizah dan Shida (PRO). Gandingan mantap pasukan wanita ini tercabar, apabila corak permainan pasukan wanita pihak lawan nampak berlainan. Seperti ada aura baru yang muncul, tidak seperti perlawanan sebelumnya.

Bergu wanita “Angry Birds 1” nampaknya agak sukar hendak mendapat mata, manakala kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku telah pun berlaku. Mata demi mata dikumpul oleh pihak lawan sekaligus menyukarkan bergu wanita “Angry Birds 1” merapatkan jurang perbezaan mata.

Namun setelah berehat sebentar, bergu wanita “Angry Birds 1” telah mendapat rentak dan mengenalpasti corak permainan pihak lawan. Kelemahan backhand pihak lawan menjadi kelebihan pasangan Faizah dan Shida (PRO). Perlawanan cukup sengit kerana pihak lawan juga jarang melakukan kesilapan.

Namun begitu, kekuatan smash yang ada pada Faizah dan permainan net yang ditunjukkan oleh Shida telah memberi kemenangan pertama dipusingan kedua. Baru kali ini saya nampak pasukan bergu wanita “Angry Birds 1” berpeluh-peluh, selalunya tidak.

Setelah kedua-dua pasukan mendapat mata 1-1. Pusingan ketiga adalah penentu kemenangan sama ada Juara atau Naib Juara. Ayam tambatan Saiful dan Farhan yang telah bersedia beraksi dengan cemerlang.

Pihak lawan yang cuba menggunakan taktik psikologi nampaknya kurang berhasil, apabila jeritan dan sergahan yang dibuat-buat tenggelam oleh sorakan penyokong team “Angry Birds 1”. Diawal permainan, setiap serangan cukup menyengat.

Apabila pasangan Saiful dan Farhan sudah menghampiri mata akhir. Moral permainan pihak lawan nampaknya seperti sudah luntur dan kurang bersemangat. Boleh dilihat corak permainan tidak cukup bertenaga seperti diawal perlawanan dan perlawanan sebelumnya.

Cukup sahaja mata akhir, penyokong team “Angry Birds 1” bersorak menyambut kemenangan pertama dalam sejarah JTM dalam pertandingan badminton sejak ia ditubuhkan. Perlawanan telah pun berakhir, hadiah telah pun disampaikan.

Kami semua balik dan berkumpul di kedai mamak berdekatan untuk makan dan minum sambil menceritakan detik-detik kemenangan. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain “Angry Birds” iaitu Saiful, Farhan, Faizah, Shida (PRO), Azrina, Sharulhizad, Rahman dan Azizi.

Tidak lupa juga penyokong-penyokong “Angry Birds” yang sanggup menunggu hingga ke perlawanan akhir dan memberi sokongan yang tidak terhingga. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan Teknologi Maklumat iaitu Dr. Ahmad Taufik Jamil kerana memberi pelepasan awal kepada skuad badminton JTM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: