Team “Angry Birds 1” – Match 4

Perlawanan akhir team “Angry Birds 1” dengan pihak lawan iaitu Pre-Klinikal A adalah yang paling sengit. Dimana lawan kali ini adalah yang terkuat dalam banyak-banyak perlawanan di dalam Group D.

Skuad bergu lelaki Saiful dan Farhan adalah gandingan utama yang menjadi harapan selama perlawanan berlangsung. Oleh kerana perlawanan begitu sengit, penyokong juga agak sengit dengan sorakan dan bunyi botol yang bertalu-talu.

Ternyata penyokong Pre-Klinikal A begitu bersemangat memberi sorakan dan sekaligus memberi tekanan emosi kepada team “Angry Birds 1”. Penyokong team “Angry Birds 1” juga tidak memberi peluang, setiap mata yang dapat dikutip oleh Saiful dan Farhan, penyokong akan bersorak dan sampai masuk ke gelanggang.

Melihat keadaan itu, pengadil memberi amaran kepada penyokong “Angry Birds 1” agar menjaga disiplin semasa perlawanan sedang berlangsung. Mata yang dikejar juga sangat rapat dan ini memberi tekanan psikologi kepada setiap pemain.

Setelah bertukar gelanggang, kedua-dua pihak agak letih dimana boleh dilihat kebanyakan smash yang dilakukan kurang bertenaga. Permaianan net menjadi pilihan pemain dan ini memberi kelebihan kepada Farhan yang jauh lebih handal. Akhirnya team “Angry Birds 1” menang di pusingan pertama.

Bergu wanita pula ialah gandingan Faizah dan Shida (PRO). Ayat confirm menang tidak seperti digambarkan diawal pemainan. Dimana Faizah sering membuat kesilapan dengan memukul bola terlalu kuat sehingga keluar. Melihat corak permaianan seperti ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada bergu lelaki di pusingan ke-3.

Apabila mata pihak lawan mencecah 8, barulah Faizah dan Shida mengejar semula. Satu demi satu mata dikutip dengan mudah, apabila Faizah dan Shida sering memberi bola belakang dan bola drop secara selang-seli. Ini membuatkan pihak lawan terkejar-kejar bola dari depan ke belakang dan sinar kemenangan terpancar sekaligus memberi kemenangan mudah kepada team “Angry Birds 1”.

Dipusingan ke-3 pula, terjadi kejar mengejar mata di antara bergu lelaki Sharulhizad dan Rahman. Pihak lawan yang sering melakukan smash, menyukarkan Rahman dan Sharulhizad untuk menyambutnya. Namun, apabila bertukar gelanggang pihak lawan mengumpul mata lebih pantas.

Kesilapan juga sering berlaku, mungkin juga sudah penat. Tanda-tanda kekalahan dipusingan ke-3 telah menjadi nyata apabila perlawanan berakhir. Walaupun begitu, team “Angry Birds 1” telah menang 2-1, sekaligus memegang rekod menang straight untuk keempat-empat perlawanan di dalam Group D.

Keesokannya, team “Angry Birds 1” selaku juara Group D akan bertemu dengan JPB (Memey) selaku naib juara Group B.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: