Team “Angry Birds 2” – Match 3

Perlawanan ketiga adalah menentang pasukan HRRC iaitu pasukan Jabatan Sumber Manusia. Perlawanan bergu lelaki pertama “Angry Birds 2” iaitu Zaki dan Saidi agak mengecewakan kerana banyak bola yang dibiarkan lepas.

Zaki yang injured setelah berlawanan dengan tangkas pada perlawanan dengan JPB (Memey) dan Kewangan, telah tidak berupaya untuk menyambut serangan demi serangan dari bergu lelaki HRRC. Walaupun begitu, Zaki dan Saidi telah mempamerkan persembahan yang menarik.

Harapan yang digalas oleh bergu wanita juga berakhir dengan kekalahan. Permainan Masnizah dan Juliah dengan mudah disambut oleh pasukan bergu wanita HRRC. Setiap kesilapan yang dilakukan memberi mata kepada pihak lawan. Dengan berakhir kekalahan di pusingan kedua, maka HRRC telah memenangi “Angry Birds 2”.

Pada pusingan yang ketiga, bergu lelaki “Angry Birds 2” bermain dengan penuh bersemangat walaupun sedar bahawa “Angry Birds 2” telah kalah kepada HRRC. Namun, demi memungut point, pasangan bergu lelaki Sufri dan Khairi telah melawan sehingga mencapai kemenangan.

Berakhirnya pusingan ketiga, pasukan “Angry Birds 2” kalah kepada HRRC dengan mata 1-2. Agak sedikit puas walaupun mendapat 1 mata dalam perlawanan kali ini. Aku tidak rasa seperti menang, kerana hakikatnya kami telah kalah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: