BERSIH

Tanggal 9hb Julai 2011 merupakan tarikh yang bersejarah bagi negara Malaysia. Buat kali keduanya, sebahagian besar rakyat Malaysia berhimpun dan berkumpul untuk menghantar petisyen kepada Yang Di Pertuan Agong.

Sejarah terlakar dalam keadaan tercalar, bumi KL menjadi saksinya. Rakyat turun berduyun-duyun dari segala pelusuk negara berserta NGO yang entah berapa ramainya. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa. So, aku ambil keputusan untuk berada di rumah walaupun ikutkan hati hendak saja tengok suasana KL secara live!

Aku buat la BERSIH rally secara solo di rumah dengan mengemas, mop lantai, lap barang perhiasan yang mana patut, cuci baju BERSIH-BERSIH supaya tidak KOTOR. Motorsikal aku pun dah lama tak basuh, nampak gaya kena basuh BERSIH-BERSIH juga.

Entah apa yang berlaku di luar sana, aku cuma melihat report dari laman web sahaja. Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily antara sumber info yang dilayari. Kalau ikut perkembangan media arus perdana sudah semestinya akan berlaku bias.

Sambil memBERSIHkan rumah dan memBERSIHkan diri, sambil-sambil itu jugalah aku membaca berita terkini. Nak keluar rumah, jalan sesak tak ingat. Ada saja jalan yang ditutup dan dihalang, roadblock saja entah berapa lapis. Lepas satu ada lagi satu dan ada lagi satu.

Ada seorang kawan update status dalam Facebook, dia terlepas hendak menonton wayang Transformer disebabkan roadblock. Puncanya, Polis buat roadblock dalam kawasan Taman Perumahannya. Lawak pula mendengarnya.

Sorang lagi kawan sangkut dekat Tol Sungai Ramal hampir 2 jam, dia yang on the way ke Subang untuk pertandingan Futsal menyumpah-nyumpah dengan keadaan tersebut.

Sampai ada satu majlis perkahwinan terpaksa ditunda ke tarikh lain kerana risau tetamu tidak hadir atau katering lambat. Kasihan pula bila lihat keadaan seperti itu. Nak buat macam mana, Malaysia Tanah Air Ku..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: