Saya Menang !!!

Beberapa bulan yang lepas, my Boss ada mengikuti latihan badminton untuk mewakili PPUKM kategori veteran. So, dia pun dengan gembiranya menerima latihan yang cukup insentif tambahan pula yang melatihnya pula adalah seorang wanita bekas pemain badminton negara.

Oleh kerana excited dan gembira tak terhingga, Boss saya ni pun mengajak anak buahnya bersukan termasuklah aku. Seperti biasa, tidak ramai yang menyahut seruannya. Saya pula hanya membatukan diri tanpa memberi sebarangan jawapan.

Ayat Boss yang tak boleh tahan ialah apabila dia saja membakar line semua orang..

Boss : Jom la kita main badminton (sambil buat gaya pegang raket badminton)

Semua Orang : …. … .. . (senyap jer)

Boss : Come on la, kalau dengan korang ni aku main badminton guna tangan kiri jer

Saya : Betul ker bang? Guna tangan kiri saja? (Aku terus bangun dan meminta kepastian)

Boss : Ha, yela (sedikit teragak-agak)

Saya : Ok, saya main guna tangan kanan, abang guna tangan kiri

Semua orang yang ada pada waktu tu tidak sabar hendak menunggu perlawanan persahabatan di antara saya dan Boss. Ramai juga yang memberi sokongan kepada saya. Boss pula sepeti termakan dengan kata-katanya.

Dipendekkan cerita, perlawanan pun berlangsung petang tadi. Dengan persiapan yang rapi, contact lens, kasut sukan yang sesuai saya bersiap-sedia untuk berlawan dengan Boss saya.

Bermacam-macam alasan diberikan oleh Boss saya, tangan sakitlah, terseliuh la, salah uratlah dan bermacam-macam lagi. Tapi semua itu ditolak mentah-mentah oleh penyokong saya. Hahaha…

Apa yang menariknya, saya main hanya bersahaja tanpa serius kerana opponent saya menggunakan tangan kiri. Tetapi saya lupa kerana law badminton sekarang cara kiraannya adalah seperti pingpong. Setiap kesilapan yang saya lakukan memberi markah kepada opponent.

Detik cemas adalah apabila markah kami adalah 15-15, selepas itu barulah saya serius dan terus menang sehingga mata 21-15. Malu woo~ kalau kalah dengan opponent guna tangan kiri. Selesai permainan kami pun bersalaman seperti seorang juara. Saya Menang !!! Hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: