Perjalanan Hidup di Hari Sabtu

Pada hari ini banyak perkara yang hendak dilakukan. Bayar hutang, beli susu dan pampers untuk Umair, gunting rambut yang dah lama panjang dan beli kasut jogging untuk bersukan. Kenapa hari ini? Sebab pertama dah gaji dan kedua sebab cuti senang nak ke mana-mana.

Bangun pagi saja aku terus gie mandi kemudian mengadap PC, masuk youtube search Maharaja Lawak Final. Sebabnya malam tadi aku tak menonton secara live Maharaja ni. First sekali tengok Jozan kemudian Sepah, setakat tu saja. Nabil dan Jambu tak tengok langsung, kenapa? Entahlah, rasa macam taknak tengok.

Jam dah menunjukkan 1pm, aku pun tanpa membuang masa hidupkan motor dan pergi menyelesaikan apa yang dah diplan. On the way nak ke Bank, surau di perumahan tempat tinggalku berkumandang bacaan ayat suci al-Quran. Mungkin sekejap lagi akan masuk waktu azan Zohor. Aku pun singgah ler surau untuk menunaikan Rukun Islam yang kedua. Apabila azan, ramai la orang di sekitar datang untuk menunaikan solat fardu. Takder la ramai mana, cuma 2 saf sahaja.

Selesai solat aku pun mengundurkan diri dan pergi ke Bank Islam untuk mengeluarkan wang dan memasukkan wang. Masuk wang sebab nak bayar bil kad kredit. Selesai hal pertama, aku pergi ke The Mines untuk membeli kasut sukan. Sampai saja di The Mines aku pergi makan tengah hari dulu kerana lapar. Puas pusing keliling last sekali aku pergi makan kat McDonald jugak. Entahlah, bab makan aku susah nak pilih, so aku pilih yang senang nak makan. Padahal kat area rumah aku pun ada.

Selesai makan aku survey 3 kedai sukan, puas turun naik escalator keluar masuk kedai. Last sekali masuk kedai kat tingkat 4 (, maka aku beli la kasut adidas. Harga asal RM330 dapat diskaun less jadila RM182. Beli stokin adidas sepasang RM18, so total price RM200. Since my wife spend money on her Aerobic Class, so I do the same in the economic way. Beli kasut jer kemudian jogging ler kat taman after office hour atau taman permainan kat rumah aku, ada jogging trek.

Nak beli kasutlah paling lama, nak beli sekali jer bukan berkali-kali kena survey betul-betul. Kemudian baru la aku pergi pusing keliling dalam kedai elektrik SenHeng. Saja tengok TV LED yang aku idam-idamkan, nak beli memang tak mampun lagi buat masa ni. Boleh tengok jer la, kemudian tengok peti ais dengan teknologi penjimatan elektrik dan bermacam-macam lagi. Suatu hari nanti aku akan beli juga, yang pasti bukan masa terdekat lah.

Sebelum aku keluar dari The Mines aku singgah Watson untuk beli deodorant dan ubat selsema (just in case). Kemudian aku singgah rumah Mak Mertuaku selepas penat shopping padahal tak banyak barang pun. Oleh kerana area rumah mertuaku ada kedai MyMydin, aku pun pergi la beli barang keperluan Umair. 4 kotak susu dan 2 beg pampers sebagai stok. Beli banyak sekali senang, beli sikit-sikit ni takut duit habis dulu sebelum barangnya habis.

Selesai beli barang keperluan Umair, maka tiba masa untuk menggunting rambut. Oleh kerana duit dah habis shopping beli kasut dan susu, pampers Umair, aku pergi ke Giant untuk ke ATM dan menggunting rambut di sana. Bukan salon just kedai gunting india biasa jer.

Barber : Mau gunting macam mana Boss?

Aku : Gunting pendek

Barber : Mau slope ka, depan or belakang?

Aku : You gunting la macam mana pun, asalkan pendek

Selesai saja gunting, kuhulur RM50 dan diberi baki RM40. Oowwhhh, RM10 rupanya. Tapi pada papan tanda harga tulis RM8. Mungkin sebab aku mintak cukur misai sekali. Cukur misai saja RM2, baguslah aku cukur sendiri lain kali. Gillete kat rumah banyak lagi tak pakai.

Kemudian aku balik ke rumah mertuaku, Umair pula sedang makan nasi dengan bibiknya. Selesai makan, aku dapatkan Umair dan menonton cerita kartun bersamanya, sekali sekala bermain dengan permainan teka haiwan. Umair sekarang boleh kenal katak dan ayam. Haiwan lain belum boleh kenal lagi.

Oleh kerana rancangan kartun kurang menarik, Umair kerap berlari keluar masuk ke dalam bilik Tok Wan dan Naninya. Apabila aku tukar channel Astro Oasis barulah Umair duduk diam denganku mendengar lagu nasyid. Kusyuk jer duduk dipangkuanku sambil mendengar sampai ler nasyid tu habis. Baguslah anak papa yang sorang ni, good boy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: