Lajunya Download Fail

Pernahkah anda menggunakan talian internet lama yang menggunakan teknologi dial-up? Jika pernah, saya rasa anda pasti tahu bagaimana azabnya menunggu sesuatu website loading atau fail yang dimuat-turun.

Pengalaman saya menggunakan talian internet dial-up, cukup menguji kesabaran. Itu tidak termasuk apabila talian terputus secara tiba-tiba disebabkan oleh ISP. Pada waktu itu kelajuan dial-up yang dapat saya capai ialah 52000, walaupun modem boleh capai sehingga 56000 ianya adalah mustahil untuk mendapat kelajuan seperti itu dengan menggunakan teknologi pada masa itu.

Kelajuan download pada masa itu yang tertinggi ialah 4.75kbps. Kalau dapat capai kelajuan ni (pada waktu itu) saya sudah cukup gembira. Sehinggalah datang teknologi broadband baru yang kita kenali dengan Streamyx.

Sebut saja Streamyx semua orang kenal, ketika awal pengenalannya ianya memang dikagumi disebabkan kepantasannya. Bermula dari era 384kb sehinggalah ke 4Mb. Streamyx masih digunapakai sehingga sekarang. Pun begitu masih ramai yang tidak puas hati dengan kelajuan Streamyx yang ada pada waktu ini.

Saya pernah mendaftar akaun Streamyx dengan pakej 1Mb. Kelajuan amat memberangsangkan, kerana ianya berkelajuan 4Mb apabila dilihat pada bandwidth tester. Mungkin pihak Streamyx tersilap cap pada talian telefon saya, rasa sungguh bertuah. Kelajuan download pada ketika itu ialah 80kbps ~ 120kbps (bergantung pada website).

Kelajuan Streamyx tidak stabil dan konsisten, dibeberapa bahagian, kawasan dan negeri mengalami situasi yang berbeza. Sesetengahnya tidak mengalami masalah langsung, tetapi kebanyakkanya mempunyai masalah yang sama iaitu “Slow”. Sehingga memaksa Telekom menaik-taraf kepada teknologi fiber-optic yang dikenali dengan UniFi.

Saya tidak mempunyai pengalaman menggunakan UniFi, melalui pengalaman kawan yang pernah menggunakannya, UniFi jauh lebih pantas dari Streamyx dan mempunyai cable TV. Oleh kerana UniFi masih baru dan tidak banyak kawasan lagi yang mempunyai liputan.

Ada satu lagi talian yang tidak digunakan di rumah hanya sektor-sektor awam dan swasta yang besar sahaja yang menggunakannya. Ianya adalah lease-line atau bahasa melayunya litar suwa. Talian ini jauh lebih mahal kerana ianya tidak dikongsi dengan talian yang lain seperti yang digunakan di dalam Streamyx dan UniFi.

Kelajuannya ada bermacam-macam skala. Contohnya seperti di organisasi saya sekarang ialah 75Mbps. Satu perkataan yang keluar dari beberapa vendor yang datang berurusan dengan saya “WoW, sini ada kerja kosong?”. Aku hanya mampu tersenyum. Kelajuan download pula agak memuaskan pada ketika ini iaitu 19.2Mbps dan mungkin lebih laju sekiranya fail yang saya download belum habis.

1 Comment (+add yours?)

  1. Nik
    Sep 07, 2011 @ 10:18:24

    Streamyx package 1mbps biasanya download rate 160kbps. tapi skrang TM dah cap at 120kbps. apanya yg laju kalo dah plahankan??

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: