Sudu Plastik dan Jengkaut Tanah

Al-kisah maka tersebutlah kisah, berlaku suatu peristiwa di sebuah negeri yang bernama JiTaM. Di mana rakyatnya adalah pekerja yang makan gaji. Setiap bulan menunggu gaji, baik yang makan gaji buta mahupun yang makan gaji celik.

Bermacam ragam ada, rata-ratanya mengeluh akan politik yang tidak menentu di dalam negara JiTaM ini. Menteri-menterinya juga mempunyai agenda tersendiri yang merana adalah pekerja-pekerjanya jua.

Di dalam keadaan yang serba-serbi tidak menentu, wujud pula ancaman dari luar negeri. Yang mana negeri JiTaM perlu menghantar ufti kepada negeri JiTaK. Ufti berbentuk kerahan tenaga yang sememangnya bertenaga melakukan apa sahaja kerja yang diberikan mahupun disuruh.

Negeri JiTaM yang terpaksa tunduk kepada kuasa-kuasa Veto terpaksa menghantar pekerja bawahannya walaupun terpaksa tanpa rela. Berlaku sedikit kekecohan dimana semua pekerja resah dan gelisah sekiranya mereka dipilih untuk kerahan tenaga. Walaupun memorandum dan bantahan telah dibuat, keputusan adalah muktamad.

Dua nama telah dipilih, yang mana mereka adalah perajurit negeri JiTaM yang agak senior iaitu Hang Maggot dan Hang Cd-Rom. Setelah nama mereka diusul kepada Menteri tertinggi negeri JiTaK iaitu Dato’ BerSeri Darul Kasih, mentah-mentah ditolak tanpa bicara. Mungkin kerana ketidakupayaan kedua-dua perajurit tersebut.

Sekali lagi tekanan diberikan ke atas negeri JiTaM agar menghantar panglima terkemuka dan handal belaka. Akur dengan tekanan dari berbagai segi ditambah pula dengan politik dalaman yang tidak menentu. Maka dua panglima handalan terpaksa akur dengan arahan yang telah diputuskan oleh menteri JiTaM, mereka itu ialah Hang Zizi dan Hang Jerung.

Berpuas hati dengan pilihan tersebut maka dengan bangganya Dato’ BerSeri Darul Kasih memuji kedua-dua panglima yang telah dimilikinya seraya berkata “Ada ka nak bagi Sudu Plastik korek tanah, Ini barulah Jengkaut Tanah“.

Berita mengenai pujian tersebut sampai kepengetahuan perajurit Hang Maggot dan Hang Cd-Rom. Dengan emosionalnya Hang Cd-Rom berkata “Ada ka dia kata aku Sudu Plastik“. Melihat Hang Cd-Rom yang agak geram, maka Hang Lego berjaya menenangkan sahabatnya dengan berkata “Rilek, sudu plastik duk dalam tanah beribu tahun pun takkan reput, Jengkaut tanah tu besi boleh karat dan reput tak tahan lama“.

Barulah Hang Cd-Rom lega mendengar kata-kata sahabatnya. Begitulah al-kisahnya, cerita Sudu Plastik dan Jengkaut Tanah di sebuah negeri JiTaM yang tidak dikenali ramai.

p/s: Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tidak ada kaitan di antara yang masih hidup atau pun yang sudah mati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: