Serangan Kumpulan Hacker Anonymous

Hacker adalah sinonim dengan orang yang terlibat dengan IT. Seorang genius yang obses dengan komputer dan program dipanggil geek. Kebiasaannya, hacker adalah di kalangan mereka yang geek. Akan tetapi istilah hacker sering disalah anggap oleh orang ramai. Walhal di dalam dunia IT there is a good guy (hacker) and the bad guy (cracker).

Pada waktu artikel ini ditulis, Malaysia gempar dengan kehadiran hacker yang diberi gelaran Anonymous dimana mereka akan menggodam laman web kerajaan sebagai tanda tidak puas hati mereka kerana kerajaan Malaysia menutup ruang atau laluan file sharing seperti MegaUpload, The Pirate Bay dan banyak lagi yang seumpama dengannya. Menurut mereka (Anonymous), kerajaan telah menidakkan kebebasan rakyat Malaysia menggunakan internet.

Oleh itu serangan pada jam 3am yang merupakan deface kepada laman web kerajaan telah dilancarkan baik dari dalam dan luar negara. Terdapat beberapa senarai laman web yang telah diserang dan sebahagiannya telah berjaya dipulihkan. Sehingga jam 5.30pm ada beberapa laman web yang masih down dan belum boleh dilayari oleh pengguna. Di antaranya ialah [www.government.org.my], [www.kjc.gov.my], [www.sabahtourism.com], [www.malaysia.gov.my] dan [www.sprm.gov.my].

Ada juga beberapa IT admin yang tidak berpuas hati dengan serangan oleh pihak hacker. Ini kerana mereka terpaksa membaiki semula kerosakan pada laman web yang telah diubahsuai. Banyak juga komen yang saya dengar dari laman facebook, blog peribadi dan suratkhabar tempatan.

Rata-ratanya menyokong kumpulan Anonymous dan sebahagiannya mempertikaikan SKMM kerana menghalang rakyat Malaysia dari mendapat akses ke Wikileaks, MegaUpload, ThePirateBay dan sebagainya sebaliknya tiada usaha untuk block laman web porno yang sepatutnya dihalang.

Saya secara peribadi melihat situasi ini secara positif. Dengan adanya mereka ini menggodam laman web kerajaan, kita tahu bahawa betapa mudahnya mereka godam dan betapa rapuhnya sistem yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia. Sebagai IT admin kita akan sedar dan akan mempertingkatkan sistem keselamatan yang mana selama ini diabaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: