Block Sana, Block Sini

Entah bila dikuatkuasakan tiba-tiba aku tidak boleh masuk laman web ThePirateBay, MegaUpload dan beberapa website yang rata-ratanya menggunakan konsep sharing. Ini kerana Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat laman web tersebut dari diakses oleh rakyat Malaysia.

SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Berbeza pula di tempat kerjaku yang mana website seperti Facebook dan Youtube ditutup. Atas alasan nanti semua orang tak buat kerja, habis patient kat wad dan klinik mengamuk. Pada pendapatku sebagai orang IT, ianya bercanggah dalam banyak segi. Cuma ada beberapa sahaja yang aku setuju, itupun disebabkan etika kerja.

Youtube setidak-tidaknya mempunyai banyak video tutorial yang berguna kepada orang IT seperti aku dan lain-lain programmer dan DBA. Memandangkan bajet yang semakin lama semakin sedikit dan semakin banyak juga dipotong, dan semakin banyak juga permohonan yang tidak lulus, maka Open Source adalah cara yang paling ekonomi.

Akan tetapi banyak juga rintangan apabila menggunakan Open Source, kerana banyak R&D yang perlu dilakukan sebelum diimplement ke dalam situasi sebenar. Pihak atasan jangan ler pula harap ianya akan berfungsi 100% dan terjamin tiada masalah. Bagaimanapun banyak tutorial di dalam Youtube membantu di dalam hal dan masalah seperti ini.

So, lepas ni kalau orang IT tiada sumber untuk mendapatkan tutorial ditambah pula kursus luar yang mahal, sentiasa tidak lulus oleh pihak pengurusan, jangan ler kami ini dimarah kerana tidak mampu. Seperti kata seorang rakan sepejabat saya kata “Engkau jaga parking, tapi kau sendiri takder parking, macam mana?“. Fikir-fikirkanlah..

1 Comment (+add yours?)

  1. maziati
    Jun 15, 2011 @ 20:30:54

    biasalah tu…ofis mama pun sama….youtube tk boleh langsung….FB pulak after 5 baru boleh buka…itu pun kadang2 saja…tp masa tu kita dah nak balik rumah…….alasan standard nnti semua orang tk buat keja asyik berFB…tp memang betul….masa FB boleh dibuka time keja….rata2 budak2 ofis main FB…chatting….dan tengok movie….tp kita masih boleh buka utk government web……

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: