Revamp My PC

Kerjaku di pejabat mengadap PC, Server dan kadang-kadang printer. Sekali-sekala keluar masuk Data Centre yang sejuk sehingga ke tulang sum-sum. Adat kerja government, memang susah hendak beli software yang original kerana harganya yang mahal. Kadang-kadang software tersebut nampak ringkas dan memudahkan kerja sebagai Admin IT, tetapi oleh kerana kekangan bajet ianya tidak diluluskan oleh pihak kewangan.

To make my story short, saya ada sebuah software yang terhad penggunaannya kerana ianya trial. So, saya pun surf dalam internet mencari keygen yang berkaitan. Namun, ianya bukanlah keygen yang dicari sebaliknya spyware. Software antivirus memang dah detect sebagai virus, tetapi kebiasaannya keygen memang dikenali sebagai virus. Rupa-rupanya ianya memang spyware.

Muncul pop-up yang sering keluar secara berkala memenuhkan ruang dekstop tanpa perlu layari apa-apa. Oleh kerana risau banyak data penting hilang atau dicuri, saya mengambil keputusan untuk reformat PC yang saya pakai kepada Windows XP yang Original. OS yang saya pakai sebelum ni Windows 7 Ultimate yang ciplak.

Alang-alang dah revamp PC, saya pun revamp ler sekali partition tempat saya duduk agar lebih kemas, bersih dan teratur agar menepati piawaian 5S yang kini sedang berlangsung. Barang-barang hiasan yang tidak digunakan dan dirasakan menyemak saya simpan ke dalam kotak untuk diasingkan. Kerja selama 2 hari ni rasanya berbaloi walaupun penat. Lepas ni malas dah nak kemaskan semula hanya kerana 5S ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: